Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MEMPERBAIKI KEHIDUPAN PEKERJA BERGAJI RENDAH

Saranan 3 strategi pertingkat hidup pekerja gaji rendah diterima pemerintah

Aug 30, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH telah menerima saranan Kumpulan Kerja Tiga Pihak mengenai cara pekerja bergaji rendah (LWW) dapat dibantu dengan lebih banyak lagi.



Kumpulan kerja itu, yang dipengerusikan oleh Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, telah menyarankan tiga strategi untuk meningkatkan kehidupan LWW.



Ia menyarankan agar Gaji Progresif dilanjutkan kepada lebih ramai pekerja dan syarikat menggajikan pekerja asing dikehendaki membayar semua pekerja tempatan mereka sekurang-kurangnya Gaji Kelayakan Setempat yang sebanyak $1,400 sebulan.



Ia turut menyarankan agar Tanda Gaji Progresif diperkenal dan diberi kepada syarikat yang membayar semua pekerja mereka Gaji Progresif.



Dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan beliau semalam, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Gaji Progresif yang dilanjutkan itu, bersama Gaji Kelayakan Setempat, akan meliputi lapan dalam 10 LWW.



Jika disertakan peningkatan Workfare, hampir semua LWW boleh menjangka pendapatan lebih tinggi dalam masa dua tahun akan datang, tambahnya.



"Kumpulan Kerja itu telah melakukan yang terbaik bagi memahami aspirasi pekerja, keprihatinan majikan, dan matlamat pemerintah. Saranan mereka adalah persetujuan tiga pihak, dirunding dengan teliti dan seimbang antara semua pihak berkepentingan," kata Encik Lee.



Kos gaji lebih tinggi LWW perlu dikongsi, tambahnya. Pekerja perlu menjalani latihan semula dan menjadi lebih produktif, manakala majikan perlu menyerap sebahagian kos gaji tambahan.



Pemerintah akan membantu majikan dengan sokongan peralihan tetapi perniagaan akan tetap perlu mengalihkan sebahagian kos mereka kepada pelanggan.



"Oleh itu, kita semua, sebagai pengguna, perlu memainkan peranan. Bayar lebih sedikit bagi beberapa barang kegemaran kita, seperti bubble tea atau bak chor mee, untuk membantu kedai menampung kos pembersihan dan pengumpulan sampah dan pembersihan lebih tinggi.



"Saya gembira ramai rakyat Singapura bersedia menyokong pekerja bergaji rendah begini. Ia tidak setakat membolehkan pekerja mengekalkan pekerjaan mereka pada gaji lebih tinggi. Ia juga akan menunjukkan bahawa sebagai sebuah masyarakat, kita menghargai kerja dan sumbangan mereka, dan mereka sebahagian daripada kita."



Gaji Progresif akan dilanjutkan kepada pekerja dalam lebih banyak sektor, bermula dengan runcit tahun depan dan diikuti khidmat makanan dan pengurusan sampah.



Pemerintah juga akan meliputi pekerjaan tertentu, merentas semua sektor, bermula dengan penolong pentadbiran dan pemandu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >