LEE KUAN YEW 1923 - 2015: ORANG RAMAI MEMBANJIRI PARLIMEN

Saranan agar warga boleh kibar bendera negara di luar rumah Ahad ini

SEKUMPULAN pemimpin akar umbi muda daripada GRC East Coast mengajak warga mengibarkan bendera Singapura di luar rumah mereka Ahad ini sedang mereka mengucapkan selamat berpisah kepada Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew.

"Dalam perjalanan terakhirnya, kami mahu memberitahu mendiang Lee, 'Berehat dengan tenang, kami memberi jaminan bahawa sebagai warga Singapura, kami akan meneruskan legasi anda dalam perpaduan, dalam keyakinan, SG100 akan merupakan Singapura yang lebih baik daripada hari ini'," kata Anggota Parlimen (AP) GRC East Coast, Encik Lim Swee Say, semasa memperkenalkan idea yang disarankan oleh sekitar 50 relawan akar umbi muda itu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan