Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saranan bagi pertingkat pulangan, pembayaran CPF ditangguh lagi

CPF
Jun 28, 2016 | 09:07 AM



SARANAN bagi meningkatkan pembayaran dan pulangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan diumumkan hanya dalam masa beberapa bulan akan datang.



Ia sepatutnya siap akhir bulan ini, tetapi ditangguhkan lagi. Ini kali ketiga Panel Penasihat CPF yang dilantik pemerintah gagal mencapai tarikh sasaran mereka sendiri.



Pada Februari tahun lepas, panel itu menyarankan perubahan yang termasuk membolehkan pencarum CPF memilih jumlah simpanan persaraan dan pembayaran berbeza. Ia juga berkata pada waktu itu bahawa saranan meningkatkan pulangan dan pembayaran sedang dirancang dan dijangka siap pertengahan tahun lepas.



Namun pada Julai tahun itu, pengerusi panel, Profesor Tan Chorh Chuan, berkata proses tersebut akan mengambil masa lebih lama memandang pilihan pelaburan lebih teknikal, dan tarikh baru akhir tahun lepas ditetapkan.



Bagaimanapun, sasaran itu tidak dicapai dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata pada Februari lalu sasaran baru ialah akhir Jun.



Tetapi sasaran itu juga nampaknya tidak akan tercapai.



MOM berkata minggu lepas bahawa panel tersebut "sedang berusaha ke arah mengemukakan cadangannya dalam tempoh beberapa bulan akan datang". Kementerian itu, yang menjawab bagi pihak panel tersebut, enggan menyatakan tarikh sasaran baru.



Ditanya mengenai kelewatan itu, MOM berkata panel tersebut mengambil masa lebih lama kerana kerja dalam tiga bidang: mendapatkan maklum balas daripada orang ramai dan industri kewangan, mengkaji maklum balas, dan menjalankan "ulasan kesusasteraan terperinci" skim pelaburan persaraan di luar negara.



"Ini mengambil masa kerana isu-isu pelaburan teknikal dan kompleks, dan dengan itu memerlukan perbincangan dan kajian teliti," kata MOM, sambil menambah panel itu sedang "menamatkan" kajiannya.



Panel 13 anggota itu dilantik pada September 2014, selepas Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan semakan sistem CPF dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan beliau.



Pada Februari tahun lepas, ia menyarankan membolehkan pencarum memilih mengetepikan tiga jumlah persaraan berbeza pada usia 55 - jumlah asas $80,500, jumlah tinggi $161,000 atau jumlah dipertingkat $241,500 - yang memberi mereka bayaran bulanan antara $650 dan $1,900 mulai umur 65 tahun.



Ia juga mencadangkan simpanan CPF sehingga 20 peratus boleh dikeluarkan selepuk pada usia 65 tahun.



Pemerintah telah melaksana perubahan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >