Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saranan bagi tingkat daya kerja, perlindungan bagi PME

Bantuan kewangan bagi PME tidak ada kerja beralih ke pekerjaan baru, peluang adil bagi PME lanjut usia: Chee Meng
Oct 22, 2021 | 05:30 AM



PASUKAN bertindak bagi golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) telah mengemukakan saranan mereka kepada pemerintah untuk mempertingkat daya kerja serta melindungi PME daripada menjadi mangsa amalan berat sebelah di tempat kerja.



Antara sembilan saranan yang dikemukakan termasuk rangka kerja sokongan yang bakal memberikan bantuan kewangan kepada golongan PME yang tidak dapat bekerja supaya dapat beralih kepada pekerjaan baru.



Rangka kerja tersebut dibahagikan kepada dua tahap: bantuan pendapatan di tahap pertama dan sokongan dari kesatuan bagi golongan pekerja yang lebih mudah terjejas iaitu pekerja matang.



Pasukan bertindak kerjasama antara Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) itu telah melibatkan seramai 10,000 PME serta anggota kesatuan dan pemimpin masyarakat sejak Oktober tahun lalu untuk memahami keprihatinan mereka dalam membentuk saranan-saranan tersebut.



Melalui siri tinjauan dalam talian dan perbincangan kumpulan fokus, pasukan tersebut mendapati bahawa antara keprihatinan utama, terutama sekali PME yang berusia antara 40-an hingga 60-an tahun, adalah kebimbangan kehilangan pekerjaan serta keperluan yang meningkat bagi sokongan pekerjaan dan peluang latihan.



Menurut Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, antara langkah penting yang perlu diutamakan sekarang adalah untuk melindungi pekerjaan untuk membantu golongan pekerja PME.



Kata Encik Ng: "PME rasakan tekanan dari saingan pekerja asing dan bagi PME yang lebih lanjut usia, mereka menghadapi kesukaran untuk bangkit semula selepas kehilangan pekerjaan mereka.



"Untuk itu, kita perlu mempertingkat usaha untuk mewujudkan peluang adil bagi PME tempatan, sementara menyediakan bentuk sokongan pekerjaan dan daya kerja lain seperti sokongan peralihan jika mereka tidak boleh bekerja, mencari pekerjaan atau sokongan latihan bagi mereka."



Antara saranan lain yang dikemukakan termasuk untuk mempertingkat keadilan untuk memastikan PME diberi peluang yang adil serta dilayan secara baik dalam usaha mereka mencari pekerjaan atau melalui amalan di tempat kerja, tanpa mengira usia.



Satu lagi teras utama yang dikemukakan adalah untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi PME yang lebih lanjut usia supaya wujudnya pekerjaan yang bermutu dan bermakna bagi mereka.



Ini akan dilakukan dengan memberikan sokongan gaji tambahan jangka pendek kepada syarikat-syarikat dan menyokong program latihan atau mentor bagi pekerjaan yang relevan.



"Meskipun perniagaan berubah untuk memastikan kemampanan mereka, kemahiran yang dimiliki PME, termasuk PME yang lebih muda, menghadapi risiko untuk berubah menjadi tidak relevan.



"Ini terutama sekali dalam ekonomi Singapura yang terjejas oleh Covid-19 sekarang," menurut kenyataan bersama NTUC dan Snef.



Kesemua sembilan saranan tersebut telah dikemukakan kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM) bagi pertimbangan pemerintah untuk membantu PME, syarikat dan ekonomi Singapura, menurut kenyataan NTUC-Snef.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >