Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: UCAPAN PENGGULUNGAN

Saranan cukai alternatif tidak cukup jana pendapatan berbanding GST

Mar 03, 2022 | 05:30 AM



SARANAN cukai alternatif yang dikemukakan pihak pembangkang seperti cukai harta tidak mencukupi untuk menjana nilai pendapatan diperlukan berbanding dengan hasil kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Beliau menekankan juga Singapura memerlukan gabungan baik pendapatan, aset dan cukai penggunaan bagi memastikan asas pendapatan kekal berpelbagai dan berdaya maju tetapi juga adil dan progresif.



Menyangkal usul alternatif Parti Pekerja (WP) untuk menambah pendapatan dalam ucapan menggulung perbahasan Belanjawan di Parlimen semalam, Encik Wong menjelaskan bahawa saranan-saranan itu bukanlah pilihan yang boleh dilaksanakan bagi menggantikan kenaikan GST kelak.



"Kita tidak boleh mengendahkan cukai penggunaan dan meletakkan seluruh bebanan ke atas cukai pendapatan dan harta," ujar beliau.



Encik Wong menarik perhatian bahawa semua negara bergantung kepada tiga jenis cukai itu manakala ekonomi di bawah Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) mempunyai kadar cukai tambah nilai yang lebih tinggi, sama dengan GST di negara ini.



Kenaikan GST daripada 7 peratus kepada 8 bermula 1 Januari tahun depan dan kemudian kepada 9 peratus pada 1 Januari 2024, dijangka menjana tambahan pendapatan cukai sebanyak $3.5 bilion setiap tahun.



Dalam sesi semalam, Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) dari Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Leong Mun Wai, telah bertanya mana yang akan menjadi pilihan pemerintah - menaikkan GST sebanyak 2 peratusan mata kepada 9 peratus pada 2024 atau menaikkan cukai pendapatan sekitar 3 peratus atau 4 peratus bagi 10 peratus golongan berpendapatan tertinggi.



Menurut pandangan PSP, menaikkan cukai pendapatan golongan bergaji tinggi, akan menjana jumlah pendapatan cukai tambahan yang sama dengan kenaikan GST.



Membidas, Encik Wong berkata:



"Jumlahnya tidak sama...kita tidak akan mencapai jumlah pendapatan yang sama apabila kita menaikkan GST.



"Jadi, kita tidak ada pilihan."



Tambahnya, cukai pendapatan sudahpun dinaikkan dalam Belanjawan kali ini, namun ia tidak mencukupi makanya perlu untuk menaikkan GST.



Mengenai saranan agar cukai pendapatan peribadi dinaikkan, Encik Wong menjawab Singapura harus menaikkan kadar cukai untuk golongan berpendapatan teratas daripada 22 peratus kepada 42 peratus untuk menjana jumlah pendapatan yang sama dengan menaikkan GST.



Kadar lebih tinggi itu akan dikenakan kepada mereka yang mempunyai pendapatan boleh dicukai sebanyak $320,000 atau lebih, dengan syarat jumlah orang yang membayar cukai tidak berubah.



Sementara itu, Ketua Pembangkang yang juga ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh telah mempersoalkan keputusan pemerintah melaksanakan kenaikan GST pada masa sukar sekarang, di tengah-tengah kadar inflasi yang tingi.



Menjawab, Encik Wong berkata bahawa pelbagai bantuan sudahpun dihulurkan kepada warga menjelang kenaikan GST.



Pakej-pakej bantuan itu, akan menolong meredakan kesan GST selama lima tahun atau lebih, katanya.



"Jadi dengan langkah yang diambil itu, saya ingin meyakinkan semua bahawa kami tidak melakukan ini dengan suka hati, dan ditimbangkan dengan penuh berhati-hati dan memastikan semua tindakan perlu diambil serta menguatkuasa langkah kecemasan untuk menjaga keprihatinan setiap warga Singapura," ujar Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >