Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlindungan sosial bagi pekerja platform

Saranan dikemuka minggu depan Perlindungan sosial bagi pekerja platform

Nov 16, 2022 | 05:30 AM



SARANAN untuk memperkukuh perlindungan sosial bagi pekerja platform bakal dikemukakan minggu depan.



Ia antara lain akan terus mendukung ciri fleksibiliti yang membentuk sektor tersebut, tetapi pada masa yang sama memberi perlindungan yang lebih baik kepada pekerja.



Saranan yang bakal dibentangkan tiba setelah lebih setahun Jawatankuasa Penasihat bagi Pekerja Platform mendekati lebih 20,000 pekerja platform, 20 syarikat platform dan persatuan industri, serta hampir 2,700 pengguna platform.



Antara dapatan yang dikongsi semalam ketika dialog yang diadakan bersama pelbagai pihak berkepentingan di Our Tampines Hub, adalah pekerja platform membentuk kategori berbeza - mereka bukan pekerja yang makan gaji, tetapi pada masa yang sama tidak seperti golongan yang bekerja sendiri kerana mereka dikenakan lebih banyak kawalan.



Sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) juga membawa perpecahan kepada dua kumpulan - satu yang mahu CPF diwajibkan sementara yang kedua tidak memandangnya sebagai keperluan.



Syarikat platform pula setuju bahawa pekerja patut diberi lebih perlindungan sosial namun prihatin tentang kesan ke atas kos perniagaan mereka.



Ketika ditemui wartawan semalam, Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon berkata "kerja keras" akan bermula setelah saranan dibentangkan nanti kerana pemerintah akan perlu bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam melaksanakan saranan.



"Landskap ini amat luas dan pelbagai. Tidak ada satu-satunya huraian yang sesuai bagi semua. Apa yang kita harap dapat lakukan sebagai jawatankuasa yang menggembleng tindakan dalam masyarakat dan mengumpul semua maklumat adalah untuk mengeluarkan saranan yang diharap dapat memenuhi aspirasi dan keperluan kebanyakan pekerja dan lebih penting sekali, membawa kita semua ke hadapan bersama agar tiada orang ketinggalan," katanya.



Beliau menambah bahawa cabaran terbesar adalah mengekalkan fleksibiliti sambil memastikan perlindungan yang mencukupi.



Menyentuh tentang CPF, Dr Koh akur bahawa pekerja berada di tahap kehidupan berbeza-beza dan akan melihat CPF sebagai sesuatu yang sama ada berguna ataupun tidak begitu diperlukan.



Disebabkan itu, beliau berkata jawatankuasa sedang melihat bagaimana aspirasi berbeza itu boleh dimasukkan ke dalam saranan.



Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan persatuan bersekutunya, Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA), Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA) dan Persatuan Pejuang Pengiriman Nasional (NDCA) memberi sokongan mereka bagi perlindungan pekerja platform dari segi memastikan mereka mempunyai kecukupan kewangan bagi jangka panjang, perlindungan kecederaan dan perubatan yang mencukupi, dan kepentingan mereka diwakili.



Dalam kenyataan media bersama, mereka berkata penting bagi pekerja serta pengendali platform menyumbang kepada CPF untuk keperluan jangka panjang seperti perancangan persaraan dan keperluan perumahan.



"Sekiranya sumbangan CPF dilaksanakan, perlu ada sokongan yang diberikan kepada pekerja platform untuk mengharungi tempoh peralihan apabila sumbangan CPF dikuatkuasakan supaya dapat mengurangkan kesan ke atas gaji yang mereka bawa pulang," katanya.



Mereka berkata perlu untuk ada perlindungan buat semua pekerja platform yang disediakan pengendali platform. Ini meliputi perbelanjaan perubatan, kehilangan pendapatan serta keadaan malang seperti kehilangan nyawa serta kehilangan keupayaan.



Pada masa yang sama, penting bagi pekerja platform diwakili supaya keprihatinan utama mereka disuarakan dan dirundingkan, tambah persatuan-persatuan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >