Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Saranan diterima bagi kenaikan gaji, keperluan latihan pekerja sektor pembersihan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Saranan diterima bagi kenaikan gaji, keperluan latihan pekerja sektor pembersihan

Jun 08, 2021 | 05:30 AM

GAJI pekerja pembersihan di sini akan naik setiap tahun selama enam tahun bermula tahun depan, selepas saranan jawatankuasa tiga pihak bagi pekerja sedemikian diterima pemerintah semalam.

Dari 2023 hingga 2028, gaji pokok warga Singapura dan penduduk tetap yang bekerja sebagai pekerja pembersihan - di setiap peringkat - akan dinaikkan dari tahun ke tahun.

Sekitar 40,000 pekerja yang digajikan 1,500 majikan akan meraih manfaat perkembangan itu.

Dalam satu kenyataan bersama semalam, Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), SkillsFuture Singapura (SSG) dan Tenaga Kerja Singapura (WSG) berkata saranan yang dikemukakan oleh Kelompok Tiga Pihak bagi Pekerja Pembersihan (TCC) itu memastikan pekerja pembersihan meraih kenaikan gaji dan kemahiran yang ketara.

Selain itu, ia akan membangunkan tenaga kerja pembersihan yang lebih cekap dan produktif, kata kenyataan itu.

"Saranan itu akan memastikan tenaga kerja pembersihan terus menikmati pertumbuhan gaji yang baik, meskipun sedang Kumpulan Kerja Tiga Pihak mengenai Pekerja Bergaji Rendah (TWG-LWW) akan memastikan pertumbuhan gaji dalam sektor Model Gaji Progresif (PWM) terus meningkat lebih pantas daripada pertumbuhan gaji median dan dinikmati lebih ramai pekerja bergaji rendah," kata kenyataan tersebut.

TCC telah menjalankan semakan kepada PWM industri pembersihan dalam usaha memastikan ia relevan dalam mempertingkat dan mengubah industri itu.

Antara saranan mereka adalah untuk meningkatkan gaji asas pekerja pembersihan dalam setiap peringkat pekerjaan tahun demi tahun dari 2023 hingga 2028.

Selain itu, TCC menyarankan agar semua syarikat pembersihan memenuhi keperluan latihan PWM dipertingkat menjelang 31 Disember tahun depan, dan jumlah modul latihan Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) keseluruhan yang perlu diikuti pekerja ditambahkan.

Anggota Parlimen buruh, Encik Mohd Fahmi Aliman, yang juga anggota TWG-LWW berkata Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) terus bekerjasama dengan rakan tiga pihak untuk menaik taraf pekerja bergaji rendah.

"Di sini kami membantu mereka bukan sahaja dari segi gaji tetapi dalam kebajikan mereka dan juga prospek kerja mereka. Kami telah banyak membuat kemajuan dalam membantu pekerja bergaji rendah ini dan terutamanya sekali hari ini, kami telah dapat menaikkan gaji asas mereka ke taraf lebih tinggi," ujar Encik Fahmi.

Laporan lanjut:

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3