Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saranan jadikan Hospital Changi Lama tempat lihat bintang, pesawat menang pertandingan

Nov 04, 2021 | 05:30 AM



SATU saranan untuk mengubah Hospital Changi Lama menjadi tempat khas bagi melihat bintang dan pesawat telah memenangi pertandingan yang bertujuan untuk memberi nafas baru kepada kawasan Changi Point.



Saranan itu, yang dinamakan 'Ascending to the Sky', memenangi tempat pertama dalam kategori terbuka bagi mencari idea baru untuk menggunakan bangunan hospital lama itu.



Pertandingan itu dianjurkan oleh Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).



Pasukan yang memenangi kategori bagi Hospital Changi Lama itu terdiri daripada tiga pelajar seni bina di universiti dan seorang dari Politeknik Singapura, yang sedang menjalani perkhidmatan negara.



Pasukan itu berkata tahap rendah pencemaran cahaya dan kedudukan tinggi kawasan itu akan membolehkan pengunjung menikmati pemandangan bintang dan pesawat.



Seorang anggota pasukan itu, Encik Matthew Goh Xinzhi, berkata kawasan itu tidak mempunyai banyak bangunan, yang bermakna ia tidak terang benderang.



"Kami mengubah kelemahan ini menjadi kelebihan, dengan menggandingkan kegunaan siang hari (untuk melihat pesawat) dengan astronomi pada sebelah malam," kata pelajar Universiti Nasional Singapura (NUS) berusia 23 tahun itu.



Sementara itu, saranan yang memenangi tempat pertama dalam kategori terbuka untuk kawasan Changi Point membentangkan idea bagi denai hutan dengan tumbuhan asli, serta laluan di pesisir pantai untuk mempamerkan seni awam dan menyediakan tempat duduk untuk melihat matahari terbenam.



Pada April lalu, orang ramai telah diundang untuk menyumbang idea bagi meningkatkan kawasan Changi Point sebagai sebahagian daripada pertandingan 'Charmingly Changi'.



Changi Point terletak di kawasan timur Singapura, yang bersempadan dengan Selat Johor, Loyang Avenue, Old Pier Road, dan Telok Paku Road.



Dua cabaran reka bentuk telah diberikan: pertama, untuk mereka bentuk pelan konsep bagi kawasan Changi Point seluas 42 hektar, dan kedua bagi idea untuk mencari penggunaan baru untuk Hospital Changi Lama.



Peserta perlu mencadangkan cara untuk menggunakan semula infrastruktur sedia ada dan tidak bergantung kepada kerja-kerja pembangunan intensif.



Secara keseluruhan, 134 penyertaan diterima dalam kategori terbuka dan kategori pengajian tinggi, iaitu untuk pelajar dalam disiplin berkaitan reka bentuk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >