Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saranan panel keganasan keluarga dikaji; dilaksana dalam 3 tahun: Masagos

Tumpuan segera diberikan untuk tingkat kesedaran mengenai keganasan keluarga
Oct 29, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH telah menerima saranan yang diketengahkan oleh Pasukan Bertindak Keganasan Keluarga dan sedang mengkaji dengan lebih mendalam untuk melaksanakannya dalam tempoh tiga tahun akan datang.



Saranan yang akan dilaksanakan termasuk meningkatkan kesedaran mengenai keganasan keluarga, memperbaiki Program Persiapan Rumah Tangga (MPP) serta meluaskan sokongan di bawah Talian Bantuan Antikeganasan Nasional (NAVH).



Bercakap kepada media semalam, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata tumpuan segera akan diberikan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keganasan keluarga.



Ini akan dilakukan dengan mempertingkat kandungan program sedia ada.



"Apabila kita lihat isu keganasan, ia bukan hanya keganasan fizikal tetapi ia juga merangkumi keganasan seksual dan emosi.



"Adakalanya, ia juga merangkumi keganasan kanak-kanak, warga emas dan juga mereka yang diabaikan.



"Jadi ini adalah penting bagi kita untuk memahami keadaan yang kompleks ini," kata Encik Masagos.



Beliau, yang juga Menteri Kedua Kesihatan, ditemui media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Khidmat Keluarga Fei Yue semalam.



Pada September lalu, Pasukan Bertindak Keganasan Keluarga telah mengeluarkan satu laporan dengan 16 saranan setelah mengkaji lebih 3,600 kes keganasan keluarga dan menjalankan perbincangan fokus dengan pihak berkepentingan.



Antara lain, pasukan itu menyarankan usaha memudahkan mangsa keganasan keluarga mendapatkan bantuan dan melindungi diri mereka dengan lebih baik daripada pendera.



Ini termasuk membolehkan pihak ketiga, seperti ketua pengarah kebajikan sosial, memohon Perintah Perlindungan Peribadi (PPO) bagi mereka yang mengalami keganasan meskipun tanpa persetujuan mangsa.



Ini terutama sekali jika mangsa berisiko mengalami kecederaan serius dan berada di bawah pengaruh pendera, yang menjadikan mangsa sukar untuk memohon PPO.



Pasukan bertindak itu juga menggesa tindakan penguatkuasaan lebih tegas terhadap pelaku yang melanggar perintah pemulihan.



Mengulas mengenai saranan-saranan itu, Encik Masagos berkata langkah yang melibatkan perubahan undang-undang akan mengambil masa.



"Dalam bidang-bidang di mana kita perlu meluluskan undang-undang baru atau memperbaiki undang-undang yang sedia ada, dan perlukan kolaborasi daripada agensi lain seperti polis, sebagai contoh, dalam menangani keganasan keluarga, ia mungkin akan mengambil masa satu atau dua tahun," kata Encik Masagos.



Dalam tahun pertama, beliau berkata MSF akan memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki Program Persiapan Rumah Tangga (MPP) untuk menyasarkan golongan yang lebih mudah terjejas seperti mereka di bawah umur 21 tahun atau mereka yang mempunyai pasangan dari luar negara.



Selain itu, kempen Break The Silence juga akan memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran mengenai keganasan keluarga, kata Encik Masagos.



Tambahnya, beberapa saranan seperti menyediakan penjagaan berinstitusi bagi pelaku keganasan, akan memerlukan lebih banyak perbincangan dan kolaborasi, dan akan menjadi antara saranan terakhir yang dilaksanakan.



Pasukan Bertindak Keganasan Keluarga yang ditubuhkan pada Februari 2020 dipengerusikan bersama Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.




SARANAN PASUKAN BERTINDAK KEGANASAN KELUARGA



  • Teras 1: Meningkatkan kesedaran dan mengukuhkan sikap masyarakat terhadap usaha pencegahan keganasan

  • Teras 2: Memudahkan masyarakat dan mangsa melaporkan keganasan supaya segera menerima bantuan

  • Teras 3: Mengukuhkan perlindungan dan sokongan untuk mangsa daripada didera lagi

  • Teras 4: Meningkatkan sikap bertanggungjawab para pelaku keganasan keluarga, dan memperkukuh pemulihan mereka




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >