Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saranan pasukan bertindak lindung mangsa ganas keluarga

Perkukuh undang-undang, perluas kuasa Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat antara saranan
Sep 24, 2021 | 05:30 AM



UNDANG-UNDANG boleh diperkukuh untuk lebih melindungi mangsa keganasan keluarga, saran Pasukan Bertindak Keganasan Keluarga dalam laporan yang telah dikemukakan kepada pemerintah.



Jika saranan mereka diluluskan, seorang Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (DGSW) bakal diberi hak memohon perintah perlindungan peribadi (PPO) bagi mangsa keganasan keluarga meski tanpa persetujuan mereka.



Piagam Wanita juga disarankan diubah, untuk memberi kuasa kepada mahkamah mengeluarkan lebih banyak jenis perintah untuk melindungi mangsa, termasuk menyekat lawatan dan perhubungan dengan yang menganiaya mereka dan menambah hukuman bagi orang yang melanggar PPO.



Itulah antara 16 saranan yang diketengahkan pasukan bertindak yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Selain itu, saranan yang dikemukakan juga bertujuan mempertingkat sokongan segera dan perlindungan bagi mangsa keganasan keluarga, selain mencegah keganasan berulang dan meningkatkan kesedaran awam, kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam kenyataan bersama semalam.



Saranan yang diberikan oleh pasukan bertindak itu - yang dianggotai 21 agensi khidmat sosial, pertubuhan bukan pemerintah dan agensi pemerintah - adalah berdasarkan kajian lebih setahun setengah ke atas landskap keganasan keluarga di sini.



Antara lain, ia mendapatkan maklum balas pihak berkepentingan yang bekerja rapat dengan mangsa dan dalang keganasan keluarga selain meneliti data dari ribuan kes yang diterima pusat khidmat keluarga (FSC), Pusat Pakar bagi Keganasan Keluarga (FVSC) dan Pusat Pakar bagi Khidmat Bersepadu untuk Perlindungan Individu dan Keluarga (ISIFPSC).



Menurut kenyataan itu, bilangan pertanyaan dan kes baru yang diterima oleh FVSC dan ISIFPSC telah bertambah sejak beberapa tahun lalu dengan pandemik Covid-19 telah menambah kepada masalah ini.



Mengulas mengenai laporan itu, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata:



"Saya hargai kerja keras pasukan bertindak dalam mengemukakan saranan-saranan yang komprehensif dan bertimbang rasa.



"Ini adalah laporan substantif yang merangkumi banyak masalah yang berkaitan dengan keganasan keluarga.



"Pemerintah akan mengkaji cadangan itu dengan teliti dalam beberapa minggu mendatang dan akan memberikan responsnya terhadap laporan tersebut setelah itu."



Pengarah eksekutif pusat pakar keganasan keluarga Pave, Dr Sudha Nair, berkata Singapura telah mencapai banyak kemajuan dalam usaha menangani keganasan keluarga, termasuk dari segi memperbaharui rangka kerja undang-undang dan menubuhkan rangkaian sokongan nasional, ujar beliau.



"Laporan ini memperkukuh usaha lebih awal... dan mengiktiraf tahap serius masalah ini dan usaha yang diperlukan untuk menangani pelbagai isu yang terikat dengan keganasan keluarga," ujar beliau.



Laporan lanjut : Program berstruktur libatkan kaunseling wajib, tempat tinggal sementara diusul bagi pelaku keganasan keluarga




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >