Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saranan pasukan bertindak mengenai keganasan keluarga akan dilaksana antara 1 hingga 3 tahun mendatang: Masagos

Oct 28, 2021 | 05:10 PM



PEMERINTAH telah menerima sepenuhnya usulan yang dibuat pasukan bertindak menangani keganasan keluarga, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, pada Khamis (28 Oktober). 



Beliau menjelaskan saranan itu akan diperkenalkan dalam tempoh setahun hingga tiga tahun mendatang, dengan tiga daripadanya dilaksanakan terlebih dahulu, iaitu mempertingkatkan kesedaran mengenai isu ini, memperkukuh kursus persiapan perkahwinan dan memperkukuh Talian Hotline Antikeganasan Nasional.



Encik Masagos berkata demikian dalam kunjungannya ke Pusat Khidmat Keluarga Fei Yue di Choa Chu Kang, di mana beliau menghadiri dialog tertutup dengan kakitangan pusat itu yang terlibat dalam usaha menangani keganasan keluarga.



Mengenai usulan yang dibuat, beliau berkata: "Kami juga telah melihat beberapa bidang baru yang boleh kami perkukuh hanya menerusi penggubalan undang-undang.



"Penggubalan ini akan mengambil sedikit masa - ini adalah bidang di mana kita perlu meluluskan undang-undang baru atau memperbaiki undang-undang yang ada, dan menjalin lebih banyak kerjasama dengan agensi seperti polis sebagai contoh dalam menangani keganasan keluarga. Ini akan mengambil masa satu atau dua tahun."



Beberapa saranan seperti menyediakan jagaan berinstitusi buat pelaku akan memerlukan lebih banyak perbincangan dan kerjasama serta adalah antara yang terakhir akan diperkenalkan, tambah Encik Masagos.



Pada September, Pasukan Bertindak Mengenai Keganasan Keluarga mengeluarkan laporan dengan 16 usulan selepas meninjau lebih 3,600 kes keganasan keluarga dan mengendalikan perbincangan kumpulan fokus dengan mereka yang terlibat dalam kerja sosial mengendalikan kes sebegini.



Usulan yang dibuat akan memudahkan mangsa keganasan keluarga mendapatkan bantuan dan lebih dapat melindungi diri mereka daripada si pendera.



Antara usulan ini adalah membenarkan pihak ketiga seperti ketua pengarah kebajikan sosial, memohon bagi perintah perlindungan peribadi (PPO) buat mereka yang mengalami keganasan meskipun tanpa izin mereka, jika mangsa berada dalam risiko dicederakan secara serius dan berada di bawah pengaruh tidak wajar orang tersayang yang enggan mereka memohon PPO.



PPO adalah perintah mahkamah bagi mengekang seorang individu daripada melakukan keganasan ke atas anggota keluarganya.



Pasukan bertindak ini juga telah memohon agar tindakan penguatkuasaan lebih kuat dikenakan ke atas si pelaku yang telah melanggar perintah pemulihan.



Ia telah dibangunkan pada Februari 2020 dan dipengerusikan bersama Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Faishal Ibrahim.



Pada Khamis, Encik Masagos juga berkata, Talian Bantuan Anti Keganasan Nasional yang dilancarkan pada Februari akan diperkukuh.



Talian 'hotline' 24 jam kini beroperasi dalam bahasa Inggeris tetapi terdapat karyawan yang mampu berbual dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil, bila-bila perlu.



Sehingga 31 Ogos, talian 'hotline' ini telah menerima 5,300 panggilan.



Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) berkata ia juga akan mewujudkan kaedah baru melaporkan keganasan keluarga seperti menerusi aplikasi telefon bimbit atau sembang web secara langsung menjelang separuh kedua 2022.



MSF akan memperkukuh Aplikasi Community Guardian, yang mula dibangunkan agensi khidmat sosial Pave yang fokus pada usaha menangani keganasan domestik. Pihak kementerian mengambil alih operasi  aplikasi ini pada Oktober tahun lalu dan akan menyepadukannya dengan talian 'hotline' ini.



Aplikasi ini bertujuan memperkasa pemimpin akar umbi dan sukarelawan agar menjadi golongan yang pertama bertindak kepada laporan keganasan keluarga dan akan diperluaskan kepada lebih banyak platform dalam talian.



Encik Masagos juga berkata kempen tahunan kementeriannya 'Break the Silence' bagi meningkatkan kesedaran mengenai pengganasan keluarga akan berlangsung pada November dengan Cik Sun bakal mendedahkan butiran lanjutnya tidak lama lagi.



Agensi-agensi yang terlibat menawarkan program persiapan perkahwinan akan juga memberi tumpuan dan sasaran kepada kumpulan yang lebih mudah terdedah pada masalah seperti mereka di bawah usia 21 tahun atau pasangan transnasional, ujar Encik Masagos.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >