Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Setempat0

Saranan perkukuh keselamatan, kesihatan tempat kerja pos-Covid-19 diterima pemerintah

Nov 19, 2020 | 05:30 AM

PEMERINTAH telah menerima saranan yang dikemukakan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) bagi memperkukuh keselamatan dan kesihatan di tempat kerja (WSH) dalam dunia pasca-Covid-19.

Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, mengumumkan ketiga-tiga saranan itu dalam ucapannya di Persidangan WSH 2020 semalam.

IAP berkata adalah penting aspek kesihatan dalam WSH melebihi isu kesihatan tradisional, malah ia perlu merangkumi pencegahan penyakit berjangkit di tempat kerja juga.

Ini bukan bagi Covid-19 sahaja, malah membina daya tahan bagi pandemik yang mungkin wujud pada masa depan.

Ia juga menekankan kepentingan memperbaiki sokongan kesihatan mental di tempat kerja agar kekaburan batasan kerja dan kehidupan peribadi yang timbul daripada pengaturan kerja dari rumah (WFH) dapat diatasi.

Yang terakhir, ia berkata pencegahan kemalangan di tempat kerja tidak patut ditolak tepi meskipun perhatian dan sumber sekarang diberi kepada pengurusan koronavirus Covid-19.

Kesemua saranan itu terhasil selepas mesyuarat ketujuh IAP yang diadakan pada 22 dan 26 Oktober serta 6 November 2020, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan semalam.

Panel tersebut mendapatkan pandangan Majlis WSH, Institut WSH dan beberapa pemimpin industri.

Dalam ucapannya, Encik Zaqy berkata pemerintah akan bekerja rapat dengan majikan untuk membangunkan garis pandu bagi kesediaan pandemik di tempat kerja, serta meningkatkan sinergi antara pertimbangan kesihatan awam dengan dasar WSH untuk memerangi penyakit berjangkit di tempat kerja.

Ini akan dilakukan melalui "perkongsian maklumat dengan industri tentang titik panas jangkitan untuk pengenalan dan intervensi risiko lebih disasarkan".

Mengenai saranan IAP tentang kesihatan mental di tempat kerja, Encik Zaqy berkata:

"Untuk membantu majikan mengenal pasti sumber tekanan pekerja di tempat kerja, MOM dalam proses merintis alat penilaian kesihatan mental dalam talian yang dikenali sebagai iWorkHealth, yang dijangka dilancarkan sepenuhnya dan disediakan bagi majikan secara percuma pada awal 2021."

Beliau turut mengingatkan peri pentingnya majikan memastikan pencegahan kemalangan di tempat kerja tetap diberi keutamaan.

"Antara kerisauan di Singapura ialah trend syarikat bergegas untuk mendapatkan balik masa terhilang berikutan tempoh pemutus rantaian jangkitan (Covid-19) awal tahun ini.

"Sedang mereka melaksana langkah-langkah Covid-19, asas penilaian risiko dan amalan pencegahan kemalangan mungkin ditolak tepi oleh majikan dan pekerja.

"Ini mungkin menjelaskan mengapa kecederaan terus berlaku walaupun terdapat pengurangan kegiatan perniagaan dan pekerjaan bagi tempoh lama pada 2020," ujarnya.

"Kami sangat menggesa pekerja bekerjasama dengan majikan mereka untuk memainkan peranan dalam mengurangkan risiko WSH," tambah beliau.

Persidangan WSH tahun ini dianjurkan dalam talian pada kelmarin hingga semalam.

Ia membincangkan cabaran WSH pada masa depan pekerjaan pasca-Covid-19, dan peri pentingnya dasar WSH dalam menguruskan perubahan tersebut.


KES COVID-19 DI SG - 18 NOV 

JUMLAH KES BARU: 5

DALAM MASYARAKAT: 0

DI DORMITORI: 0

IMPORT: 5

JUMLAH KESELURUHAN: 58,135 (hingga 12 tengah hari semalam)

  • Laporan terkini kes Covid-19 setempat boleh didapatkan dengan melayari laman www.BH.sg.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian