Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sarawak ingin belajar cara masjid Singapura diurus

Oct 07, 2017 | 05:30 AM



PEMBANGUNAN dan pelbagai peranan yang dimainkan masjid Singapura mendorong institusi serupa dari Sarawak ke sini untuk mempelajarinya.



Delegasi yang dipimpin oleh Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Institusi Masjid Sarawak, Cik Rafeah Buang, menyatakan mereka ingin menjadikan Singapura sebagai contoh.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menjadi hos delegasi itu, yang ingin mempelajari sistem pengurusan masjid di sini.



Jabatan Agama Islam Sarawak sedang dalam proses menyemak dan meningkatkan peranan masjid bagi menyediakan khidmat lebih baik kepada masyarakat.



Delegasi itu meluangkan masa lima hari minggu lalu mempelajari pembangunan dasar, struktur Sistem Kelompok Dipertingkat masjid di sini serta program keagamaan dan sosial yang dilaksanakan.



Semasa di sini, mereka melawat beberapa masjid, termasuk Masjid Al-Mukminin di Jurong East, Masjid Al-Ansar di Bedok dan Masjid Al-Falah dekat Orchard Road.



"Masyarakat Islam di Sarawak tidak banyak bezanya daripada di Singapura kerana masyarakat Islam dianggap minoriti di Sarawak.



"Semasa lawatan kami, pemimpin masjid berkongsi mengenai cabaran membentuk sistem kelompok dan menunjukkan kesan ke atas masyarakat di sini pada jangka pendek atau jangka panjang.



"Kumpulan kami mendapat pengetahuan mendalam mengenai cara masjid memainkan peranan lebih luas daripada hanya sebagai sebuah tempat beribadah,'' kata Cik Rafeah.



Di Singapura, 70 masjid di dibahagikan kepada lima kelompok di bawah Majlis Pembangunan Masyarakat.



Setiap kelompok mempunyai lapan hingga 14 masjid.



Sistem kelompok masjid diperkenal bagi memenuhi keperluan keagamaan dan sosial masyarakat melalui usaha sama dan menghimpunkan sumber masjid.



Diperkenal pada 2007, sistem itu membantu menyelaras khidmat dengan lebih baik.



Sistem itu juga membantu rangkaian masjid memberi sokongan kewangan dan bantuan bagi keluarga susah dan yang layak menerima zakat.



Selain itu, banyak program pembelajaran Islam juga diperkenalkan di masjid-masjid.



Cik Rafeah berkata struktur mengenai cara masjid dihimpunkan di bawah kelompok dan bagaimana sumber dapat dikongsi merupakan satu idea yang boleh dicontohi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >