Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Sarjan polis didakwa pancing hubungan romantik dengan wanita

Sep 03, 2021 | 05:30 AM



SEORANG sarjan polis semalam didakwa memancing hubungan romantik dengan seorang wanita sebagai balasan untuk membantu wanita itu apabila wanita itu mempunyai masalah dengan pihak berkuasa.



Sean Teo, seorang warga Singapura berusia 25 tahun, menghadapi satu tuduhan rasuah, di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan satu lagi di bawah tuduhan Akta Penyalahgunaan Komputer.



Pada 2 November 2019, Teo didakwa telah menyalahgunakan komputer milik Pasukan Polis Singapura untuk mendapatkan maklumat mengenai orang yang telah ditangkap dalam operasi pada hari itu.



Dia tidak diberi kuasa untuk mengambil data tersebut.



Sebulan kemudian, dia dikatakan telah mengirim gambar yang berkaitan dengan operasi yang sama itu kepada seorang wanita yang diminatinya. Tidak jelas apakah wanita itu salah seorang yang ditangkap dalam operasi tersebut.



Dia kemudian didakwa cuba memujuk wanita itu supaya menjalin hubungan dengannya dengan alasan bersedia menolong wanita itu dalam kesnya dengan Biro Narkotik Pusat (CNB).



Wanita itu menolak permintaannya, lapor The Straits Times.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan apa kes wanita itu dengan CNB dan bagaimana Teo merancang untuk membantunya. Tidak jelas juga bagaimana mereka saling mengenali.



Kes Teo akan didengar lagi pada 30 September nanti.



Dalam satu kenyataan semalam, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) menekankan pendekatan tegasnya terhadap rasuah.



"CPIB tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pesalah, termasuk pegawai awam yang menyalahgunakan kedudukan mereka dan merosakkan imej perkhidmatan awam," kata biro itu.



Sekiranya disabitkan dengan kesalahan rasuah, Teo boleh didenda hingga $100,000, dipenjara hingga lima tahun, atau kedua-duanya.



Di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer, dia boleh dipenjara hingga dua tahun dan denda hingga $5,000 bagi setiap tuduhan.



Kesalahan di bawah OSA membawa hukuman denda maksimum $2,000 dan penjara dua tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >