Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sarjana Undang-Undang Harvard dilantik Peguam Kanan

Jan 07, 2020 | 05:30 AM



BERASAL daripada keluarga serba sederhana dan membesar di rumah tiga bilik tidak sentiasa mudah disebabkan keadaan kewangan keluarga yang sempit.



Namun, beliau gagahi kesemua cabaran itu dan berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (kepujian kelas pertama) di Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 2005 dan Sarjana Undang-Undang Universiti Harvard pada 2009.



Semalam, Encik Mohamed Faizal Mohamed Abdul Kadir, 39 tahun, dilantik oleh Ketua Hakim Sundaresh Menon sebagai Peguam Kanan di majlis pembukaan tahun undang-undang baru.



Bekas pelajar Sekolah Menengah Bedok View dan Maktab Rendah Tampines itu kini menyertai kumpulan peguam elit yang diiktiraf atas keupayaan cemerlang mereka sebagai peguambela, pengetahuan luas mengenai undang-undang dan kedudukan profesional tertinggi.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Encik Faizal berkata pelantikan itu bukan sahaja satu keistimewaan tetapi juga satu tanggungjawab.



"Saya dalam kedudukan mendapat gelaran ini kerana orang lain telah membimbing saya dengan kesabaran dalam perjalanan saya sepanjang 15 tahun lalu.



"Dan sepertimana saya dapat maju disebabkan kerja keras mereka sebelum saya, untuk dilantik sebagai Peguam Kanan ia tanggungjawab saya untuk lakukan yang sama bagi generasi akan datang, dan membuat perbezaan yang lebih besar dalam kerjaya ini dan masyarakat lebih luas," ujar anak ketiga dalam empat adik-beradik itu.



Menurut Timbalan Ketua Pendakwa dan Peguam Negara Kanan di Pejabat Peguam Negara (AGC) itu, semangat untuk menuju gerbang jaya tercetus sejak kecil lagi apabila melihat pengorbanan kedua ibu bapanya yang sentiasa menitikberatkan pendidikan baginya dan adik-beradiknya.



Justeru, pelantikan itu juga meraikan usaha dan kasih sayang keluarganya.



Encik Faizal berkata menceburi bidang undang-undang perlu datang dengan sebab yang betul.



"Ia selalunya mudah untuk hanya terdorong oleh ganjaran kewangan atau keuntungan kewangan tetapi realitinya adalah profesion undang-undang adalah kerja keras dan melibatkan waktu kerja yang lama, dan jika pendorong utama seseorang itu adalah wang, orang itu mempunyai risiko untuk hilang semangat.



"Hanya apabila seseorang itu secara utama didorong oleh keinginan untuk lakukan kebaikan dan bantu orang lain - tidak kira anggota mudah terjejas dalam masyarakat, mangsa kesalahan, membantu orang lain pro bono, atau membantu klien dengan masalah yang membelenggu kehidupan mereka - peguam atau profesional undang-undang itu akan terdorong untuk sentiasa memberikan yang terbaik bagi setiap kerja yang mereka lakukan dan setiap fail di atas meja mereka," katanya yang sudah berkahwin.



Selain Encik Faizal, dua lagi peguam - Anggota Parlimen (AP) Murali Pillai dan Encik Jason Chan, rakan Allen & Gledhill LLP - diberi gelaran Peguam Kanan.



Dengan tiga pelantikan baru ini, Singapura kini mempunyai 88 Peguam Kanan.



Encik Murali, AP di SMC Bukit Batok, merupakan rakan kongsi ekuiti bersama firma undang-undang Rajah & Tann Singapore LLP.



Menurut Encik Murali, beliau rasa beruntung dapat mencapai kedua-dua minatnya iaitu undang-undang dan kerja kemasyarakatan.



"Saya berharap peguam yang muda akan mempertimbangkan mengamalkan undang-undang secara aktif dan melibatkan diri dalam kerja kemasyarakatan juga.



"Saya percaya gabungan pekerjaan sebegitu akan membolehkan mereka untuk memperluas pengalaman mereka dan membangunkan kemahiran empati yang lebih baik apabila berdepan dengan klien," katanya.




"Saya dalam kedudukan mendapat gelaran ini kerana orang lain telah membimbing saya dengan kesabaran dalam perjalanan saya sepanjang 15 tahun lalu. Dan sepertimana saya dapat maju disebabkan kerja keras mereka sebelum saya, untuk dilantik sebagai Peguam Kanan ia tanggungjawab saya untuk lakukan yang sama bagi generasi akan datang, dan membuat perbezaan yang lebih besar dalam profesion ini dan masyarakat lebih luas."
- Encik Mohamed Faizal Mohamed Abdul Kadir




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >