Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sasaran Masagos untuk DPPMS

*Garis harapan sekurangnya 10 SME capai pendapatan tahunan $100j dalam tempoh 10 tahun *Syor niaga bina daya tahan dalam harungi masa mencabar
Jun 24, 2019 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu/Islam perlu menyasarkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 10 syarikat kecil dan sederhana (SME) yang mencapai pendapatan tahunan $100 juta, dalam 10 tahun akan datang.



Sasaran itu telah digariskan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, kepada golongan peniaga Melayu/Islam di jamuan Hari Raya Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) malam tadi.



"Saya fikir ini boleh dilakukan," ujar Encik Masagos, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air.



DPPMS turut mengumumkan semalam bahawa ia telah melantik Encik Masagos sebagai penasihat kehormat dewan itu bagi penggal 2019 hingga 2021. Selain Encik Masagos, seorang lagi yang dilantik sebagai penasihat kehormat DPPMS ialah Menteri Negara (Pembangunan Negara dan Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



Dalam ucapannya, Encik Masagos berkata perniagaan Melayu/Islam ialah tunggak dalam masyarakat.



Ini kerana perniagaan menyumbang kepada ekonomi dan menyediakan pekerjaan yang baik bagi warga Singapura, ujar Encik Masagos.



Beliau turut menyebut perniagaan yang telah bertahan lebih 50 tahun.



Ini termasuk Islamic Restaurant yang wujud sejak 1921, Jamal Kazura Aromatics yang diasaskan pada 1933 serta Rumah Makan Minang yang menghidangkan nasi padang sejak 1954.



DPPMS sendiri telah berkembang sejak ditubuhkan pada 1956. Dewan itu bermula dengan 15 anggota, dan kini mempunyai hampir 800 anggota daripada pelbagai bidang.



Dalam ucapannya lagi, Encik Masagos berkata ini adalah masa yang sukar bagi perniagaan, berlatar belakangkan ketegangan dagang Amerika Syarikat-China yang kian meningkat. Untuk mengharungi masa mencabar ini, perniagaan harus kekal berdaya tahan, kata Encik Masagos.



Bahkan, sikap berdaya tahan dalam mengharungi jatuh bangun perniagaan wajar diraikan.



Daya tahan memerlukan keupayaan yang kukuh, serta pemikiran yang menerima perubahan serta apa sahaja cabaran di hadapan.



Justeru, persatuan dan dewan perniagaan (TAC) seperti DPPMS memainkan peranan penting untuk membangunkan keupayaan di peringkat industri.



Encik Masagos memberi contoh kerjasama Dewan dengan Persatuan Peniaga One Kampong Gelam semasa membantu 120 perniagaan di kawasan itu untuk melaksanakan huraian digital, sekali gus meningkatkan produktiviti mereka.



Sementara itu, seramai tiga individu mengundur diri sebagai penasihat kehormat - anggota majlis tertinggi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Ustaz Pasuni Maulan; mantan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar), Encik Zainul Abidin Rasheed; dan Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat.



Di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-60 DPPMS pada bulan lalu, Dewan telah melantik Pengarah Urusan serantau syarikat Bourbon Offshore Asia, Encik Farid Khan, 64 tahun, sebagai presiden baru untuk penggal baru 2019 hingga 2021.



Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Encik Muhammad Shamir Abdul Rahim, 36 tahun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Versafleet.



Dalam ucapannya pula, Encik Farid menggariskan strategi lembaga baru DPPMS iaitu meneruskan usaha yang telah dilakukan, merebut peluang dalam bidang baru serta meningkatkan profesionalisme dalam kalangan anggota serta dalam dewan sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >