Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Satelit Singapura jaya jalin hubungan dengan penyelidik

Dec 18, 2015 | 08:45 AM



SEMUA enam satelit buatan Singapura yang dilancarkan dari India pada Rabu (16 Feb) dan kini mengorbit Bumi telah berjaya menjalin hubungan dengan penyelidik di sini, sekali gus bermakna misi mereka telah bermula.


Salah satu eksperimen daripada misi itu bertujuan akhirnya membolehkan satelit kecil di orbit rendah menyampaikan data atau memancarkan imej pada bila-bila masa dan dari sebarang tempat di angkasa lepas.


Ini tidak dilakukan oleh sebarang satelit yang mengorbit pada ketinggian kurang dari 2,000 kilometer di atas tanah, kata Universiti Teknologi Nanyang (NTU), lapor akhbar The Straits Times pada Jumaat (18 Dis).


Satelitnya itu, VELOX-II dan VELOX-CI, mengorbit Bumi hanya 550 kilometer di atas tanah.


Profesor Low Kay Soon, ketua Pusat Penyelidikan Satelit universiti itu, berkata pasukannya juga mengadakan ujian ke atas Sistem Kedudukan Global (GPS) satelit bagi membolehkan penyelidik membuat sekumpulan satelit "terbang" dalam satu susunan.


"Dalam terbang dalam satu susunan, kita perlu tahu kedudukan sebenar setiap satelit bagi mengelakkan perlanggaran dan juga untuk melakukan tindakan yang memerlukan penyelarasan, seperti mengambil gambar dengan sudut berbeza pada masa sama," kata Profesor Low, yang pulang ke Singapura pada Khamis selepas menyaksikan pelancaran di India itu.


Selain NTU, syarikat pertahanan Singapore Technologies Electronics (ST Elektronik), firma teknologi angkasa lepas Microspace Rapid dan Universiti Nasional Singapura (NUS) juga berkata mereka telah menjalin hubungan dengan satelit masing-masing.


Microspace Rapid, yang membina Athenoxat-1, berkata satelitnano itu telah mula memancarkan imej.


ST Electronics, yang berganding bahu dengan DSO National Laboratories dan NTU untuk membina TeLeos-1, berkata ia akan menjalankan ujian bagi memastikan satelitnya boleh memancarkan imej komersial pertamanya menjelang pertengahan tahun depan.


Ia berkata TeLeos-1 menyediakan "peluang perniagaan luas" yang boleh digunakan untuk keselamatan dan bantuan bencana maritim.


Pejabat bagi Teknologi dan Industri Angkasa Lepas Singapura ditubuhkan dua tahun lepas untuk mengembangkan industri angkasa lepas negara ini.


Pengarah Eksekutifnya, Encik Beh Kian Teik, berkata pelancaran berjaya itu membuktikan kewibawaan Singapura dalam bidang kejuruteraan satelit kecil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >