Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sats labur $25 juta hasil masakan lebih tahan lama, kurang pembaziran

Mar 11, 2019 | 07:00 PM



 



 



Syarikat penyedia makanan Sats, telah melabur dalam teknologi baru yang membolehkan  masakan tahan lebih lama dan mengurangkan pembaziran.



Makanan yang disejukkan sejurus selepas ia dimasak boleh disimpan sehingga 90 hari tanpa bahan pengawet. Biasanya, makanan yang disejukkan hanya boleh disimpan 48 jam.



Malah, hidangan segera seperti nasi ayam, briani ayam dan pasta yang tidak disimpan dalam peti sejuk juga boleh ‘bertahan’ selama antara enam bulan dengan 24 bulan.



Kata Sats, ini boleh dilakukan menerusi proses pempasteuran dan pensterilan, yang tidak  menjejas keselamatan, pemakanan atau rasa makanan itu.



Pempasteuran adalah proses menghangatkan makanan bagi tempoh tertentu untuk  mengurangkan bakteria, sementara pensterilan menggunakan haba dan tekanan untuk menghapus bakteria dan enzim.



Sats, penyedia makanan utama bagi syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Changi,  menunjukkan teknologi baru ini pada Isnin (11 Mac) semasa melancarkan dapur yang diluaskan di Changi North.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >