Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sats, sektor penerbangan tingkat pengambilan ratusan pekerja

Jun 18, 2022 | 05:30 AM



SEBAHAGIAN besar daripada 600 kerja kosong di pengendali darat Sats, telah diisi apabila firma itu dan rakan sejawatannya di Lapangan Terbang Changi meningkatkan pengambilan pekerja sebagai persediaan untuk pemulihan selanjutnya dalam trafik udara.



Sats, pengendali darat utama di Lapangan Terbang Changi, memberitahu The Straits Times bahawa ia telah mengambil pekerja yang menyokong antara lain operasi penumpang dan pengeluaran makanan.



Firma lain - dnata, Certis dan Scoot - juga sedang mengambil ratusan pekerja sedang mereka memproses permohonan daripada satu pameran kerjaya baru-baru ini.



Desakan untuk mengambil lebih ramai pekerja dapat dilihat sedang lapangan terbang berusaha untuk mengelakkan kekurangan tenaga kerja yang telah mencetuskan barisan panjang dan pembatalan penerbangan di lapangan terbang lain dalam beberapa bulan kebelakangan ini.



Di Singapura, bilangan pengunjung dan pelawat udara berada pada tahap tertinggi sejak bermulanya pandemik Covid-19, walaupun pemulihan penuh masih agak jauh.



Ketua pegawai modal manusia di Sats, Cik Lilian Tan, berkata:



"Sedang industri penerbangan terus menunjukkan kemajuan, peranan tambahan akan tersedia, dan kami akan memanfaatkan kumpulan bakat tempatan untuk membesarkan tenaga kerja kami."



Beliau berkata Sats mahu menarik pekerja baru dan mengekalkan pekerja sedia ada dengan insentif seperti gaji yang bersaing dan ganjaran berasaskan prestasi.



Sats masih perlu mengisi beberapa peranan, termasuk perkhidmatan pelanggan dan pelatih pengawal penerbangan.



Faedah yang ditawarkan termasuk bonus penyertaan sebanyak $5,000 untuk beberapa peranan.



Sektor penerbangan dijangka memulihkan 85 peratus hingga 90 peratus tenaga kerja sebelum pandemik menjelang hujung tahun ini.



Ia telah kehilangan satu pertiga daripada lebih 35,000 pekerjanya semasa wabak itu.



Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat, bulan lalu berkata majikan perlu mengisi hampir 2,000 kerja kosong dengan segera semasa pameran kerja OneAviation Careers pada 27 dan 28 Mei lalu.



Beliau juga berkata pameran itu, yang menampilkan 21 firma, adalah yang pertama daripada banyak lagi usaha pengambilan kerja seluruh sektor.



Penguasa Penerbangan Awam Singapura kelmarin berkata acara itu menarik sekitar 11,000 pencari kerja dan peminat penerbangan.



Seorang jurucakap berkata syarikat yang mengambil bahagian sedang dalam proses menilai permohonan dan menyenarai pendek calon.



Terdapat 418,310 pengunjung ke Singapura bulan lalu, menurut Lembaga Pelancongan Singapura.



Ini kurang daripada satu pertiga daripada 1.5 juta pengunjung yang didaftarkan pada Mei 2019 sebelum pandemik bermula, tetapi membentuk peningkatan 41.75 peratus berbanding April tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >