Sats umum lebih banyak pemotongan gaji, beri amaran kesan Covid-19 atas kewangan, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:33
Maghrib
7:16
Isyak
8:28
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Sats umum lebih banyak pemotongan gaji, beri amaran kesan Covid-19 atas kewangan

Mar 09, 2020 | 02:30 PM

Syarikat khidmat makanan dan lapangan terbang, Sats telah mengumumkan pada Isnin (9 Mac) pemotongan gaji sebanyak 15 peratus bagi presiden dan ketua eksekutifnya, Alex Hungate.

Ini di tengah-tengah satu siri pemotongan gaji lebih lanjut yang berkuat kuasa pada 1 Mac. 

Gaji pengarah bukan eksekutif juga dipotong sebanyak 15 peratus, naib presiden eksekutif dan naib presiden kanan menyaksikan pemotongan 12 peratus manakala gaji naib presiden dikurangkan 10 peratus. 

Tambahan itu, bermula 1 April, mereka yang berjawatan pengurus hingga penolong naib presiden akan dikenakan pemotongan gaji 5 peratus. 

Awal dari ini, Sats mengumumkan pasukan pengurusan yang terdiri daripada naib presiden ke atas, dikenakan pemotongan gaji 10 peratus sebagai sebahagian daripada usaha menyelamatkan pekerjaan. 

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Dalam pengumuman terkini, Sats memberi amaran bahawa penularan Covid-19 dijangka menjejas keuntungannya buat suku keempat dan tahun yang berakhir pada 31 Mac nanti, berbanding setahun lalu. 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map