Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Satu daripada 2 kucing yang ditemui mati di Yishum diserang anjing: AVA

Feb 10, 2017 | 02:37 PM



SALAH satu daripada dua kes yang dikatakan penyeksaan kucing di Yishun baru-baru ini telah diselesaikan.



Kucing itu sebenarnya diserang anjing liar.



Dalam rakaman CCTV yang diambil oleh Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA), kucing putih itu, yang ditemui di belakang Hospital Khoo Teck Puat, dilihat diserang dua anjing pada 3.45 pagi pada Khamis (9 Feb).



Kumpulan kebajikan kucing Yishun 326 Tabby Cat mengemas kini halaman Facebooknya dengan maklumat itu pada Jumaat (10 Feb).



Ia kali pertama mengongsi gambar kucing putih itu berlumuran darah pada petang Khamis.



Seorang wanita yang memberi makan kucing di situ berkata pada Khamis kucing tersebut, bernama Snowy, dilihat "hidup dan rancak" pada tengah malam Rabu (8 Feb).



Namun beberapa jam kemudian pada 7 pagi Khamis, ia ditemui mati, kata suri rumah berusia 58 tahun itu.



Seekor lagi kucing sebelum ini ditemui mati di situ, dikatakan dengan perutnya dikelar.



Dalam satu lagi kes, seekor kucing dilihat terbujur kaku di pembahagi jalan berhampiran stesen MRT Yishun dalam gambar yang disiarkan seorang pengguna Facebook, Fadillah AR, dan dikongsi Yishun 326 Tabby Cat, pada Khamis.



AVA menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes menyeksa binatang - seperti bukti gambar atau video atau maklumat saksi - supaya menghubungi AVA di 1800-476-1600.



Semua maklumat yang diberi dirahsiakan, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >