Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Satu lagi kelompok baru Covid-19 di dormitori: MOH

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Satu lagi kelompok baru Covid-19 di dormitori: MOH

Sep 12, 2020 | 12:06 AM

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan pembentukan satu lagi kelompok baru jangkitan Covid-19 di dormitori SCM Tuas Lodge (80 Tuas South Boulevard).

Ini menyusuli siasatan epidemiologi yang mengesahkan dua kes baru yang dikesan berkait dengan tiga kes sebelum ini bagi membentuk kelompok baru tersebut.

Dalam kenyataannya pada Jumaat malam (11 September), MOH menjelaskan dalam kalangan 73 kes di dormitori, 34 daripadanya didapati berkait dengan kes sebelum ini bahkan dikesan sewaktu tempoh kuarantin.

Baki 39 kes pula dikenal pasti melalui ujian pemantauan seperti Ujian Rutin Yang Dijadualkan secara dwimingguan ke atas pekerja yang menetap di dormitori.

MOH juga menjelaskan bahawa jumlah kes baru Covid-19 yang dikenal pasti pada Jumaat adalah 86 kes dan bukannya 87 kes seperti yang dilaporkan dalam kenyataan awal.

Ini memandangkan satu kes import telah dikecualikan menyusuli satu siasatan yang mendapati kes berkenaan telah pun pulih daripada jangkitan Covid-19 dan tidak lagi membawa virus tersebut.

Dalam kalangan 13 kes import yang dikesan pada Jumaat (11 September), tiga daripadanya melibatkan warga Singapura manakala tujuh Penduduk Tetap (PR) Singapura yang kembali ke sini dari Mesir, India dan Filipina.

Lagi dua kes pula adalah pemegang pas tanggungan yang datang ke sini dari India dan Amerika Syarikat.

Seorang lagi kes adalah pemegang pas pelajar dari India.

Kesemua kes import ini telah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura. Mereka diuji positif Covid-19 sewaktu menjalani SHN di kemudahan khusus.

MOH menambah 49 kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. Lagi 49 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya dalam keadaan mantap atau kian pulih.

 

 

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3