Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Satu lagi kelompok Omicron dikesan

Dec 27, 2021 | 05:30 AM



SATU lagi kelompok baru Covid-19 varian Omicron membabitkan 10 kes berkait The Vinyl Bar di River Valley Road dikesan.



Semua 10 kes itu sudah divaksin sepenuhnya dan mengalami gejala ringan atau tidak menunjukkan sebarang gejala, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.



MOH sedang mengawal kes berkenaan melalui pengesanan kontak, menurut kenyataan sama.



Kes pertama dalam kelompok adalah seorang lelaki yang tiba di Singapura pada 14 Disember dari Amerika Syarikat melalui penerbangan Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) atau kes 280860, kata MOH.



Ujian ketibaan lelaki itu menunjukkan beliau negatif bagi Covid-19 tetapi kemudian diuji positif pada 18 Disember, kata MOH.



Pelawat itu berjumpa dengan seorang rakan sekerja, yang dikenal pasti sebagai Kes 281477, pada 15 Disember, menurut MOH. Rakan sekerja berkenaan kemudian mengunjungi The Vinyl Bar di 266 River Valley Road pada 17 Disember.



Siasatan epidemiologi MOH mendedahkan Kes 281477 "berkemungkinan menjangkiti virus itu" kepada salah seorang kakitangan bar tersebut, yang dikenal pasti sebagai Kes 281876, serta tiga pengunjung yang berada di bar tersebut pada malam yang sama. Mereka dikenal pasti sebagai Kes 282091, 282143 serta 282178.



Siasatan epidemiologi mendapati bahawa kunjungan rakan sekerja lelaki itu berkemungkinan menyebabkan virus menular kepada kakitangan bar, serta tiga pelanggan yang berada di sana pada petang itu. Salah seorang pelanggan kemudiannya menjangkiti empat anggota isi rumah.



Kakitangan dan pengunjung The Vinyl Bar yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes baru itu akan dikuarantin, kata MOH.



Sebagai langkah berjaga-jaga, kakitangan dan pengunjung yang berada di bar pada masa yang sama dengan rakan sekerja kes lelaki itu pada 17 Disember akan dihubungi MOH bagi mengambil ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) sekali.



Sementara itu, semua pengunjung The Vinyl Bar dinasihatkan memantau kesihatan mereka, dan mengurangkan interaksi sosial selama 14 hari dari tarikh lawatan mereka.



"Mereka digalakkan berjumpa doktor dengan segera sekiranya rasa kurang sihat," kata MOH.



"Mereka digalakkan segera berjumpa dengan doktor sekiranya berasa tidak sihat," nasihat MOH.



Sehingga kini, 448 kes disahkan varian Omicron dikesan di Singapura, meliputi 369 kes import dan 79 kes tempatan.



Singapura mengesan lebih banyak kes Omicron disebabkan "penularan pantas varian itu di banyak negara/wilayah", jelas MOH.



"Memandangkan kebolehjangkitannya yang tinggi, hanya menunggu masa sebelum varian Omicron merebak dalam masyarakat kita. Adalah penting bagi setiap orang untuk memainkan peranan mereka dan kekal berwaspada untuk mengurangkan penularan Covid-19 serta tampil bagi mendapatkan vaksinasi atau dos penggalak anda apabila ditawarkan."



Kelompok Omicron pertama disyaki di Singapura berkait dengan gimnasium Anytime Fitness di pusat beli-belah Anytime Fitness, dan dilaporkan pada Selasa lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >