Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Setempat

Satu lagi kumpulan sembang Telegram sebar bahan lucah

Oct 21, 2019 | 03:24 PM

SATU lagi kumpulan sembang dipercayai mengongsi bahan lucah dan juga gambar penumpang yang diambil tanpa kebenaran mereka telah muncul di aplikasi sembang Telegram.

Polis berkata mereka dimaklumkan akan kumpulan sembang ‘SharingIsCaring’ dan sedang menyiasat.

Dalam kumpulan itu, pengguna mengongsi gambar gadis yang dipetik di tempat awam seperti di dalam MRT.

Kumpulan itu mempunyai lebih dari seratus ahli, dan gambar kanak-kanak dan murid-murid dalam seragam sekolah antara bahan yang dikongsi.

Kumpulan sembang itu juga digunakan untuk mengongsi kandungan lucah, menurut seorang pengguna Telegram yang menghantar gambar tangkapan kumpulan sembang itu kepada lelaman AsiaOne.

Sebanyak 5,000 gambar dan 800 video dikongsikan dalam kumpulan itu.
 

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian