Satu lagi pusat bantu bekas penagih pulang pangkal jalan
Step-Up@Taman Jurong dirasmi semalam susuli pusat pertama di Sengkang dapat sambutan baik
Jul 15, 2019 | 05:30 AM
SATU lagi pusat bagi membantu bekas penagih dadah kembali semula ke pangkuan masyarakat telah dibuka di Taman Jurong.
Ini berikutan sambutan baik yang diterima di pusat Step-Up pertama kendalian Persatuan Antinarkotik Singapura (Sana) di Sengkang yang dibuka pada 2016.