Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Satu maut, 2 cedera dalam letupan di Loji Pembakaran Tuas

Sep 24, 2021 | 05:30 AM



SATU letupan berlaku di Loji Pembakaran Tuas (TIP) di Tuas Avenue 20 semalam, menyebabkan seorang meninggal dunia dan dua lagi cedera parah - kesemuanya rakyat Singapura.



Loji itu dikendalikan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, dalam catatan Facebooknya semalam, berkata ketiga-tiga mangsa itu sedang melakukan kerja penyenggaraan elektrik di dalam bilik elektrik apabila letupan itu berlaku.



"Letupan itu berlaku dalam bilik elektrik, dan tidak merebak ke kawasan lain di premis itu.



"Saya amat sedih dengan kejadian ini, dan ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.



"Kami akan menyiasat punca kejadian tragis ini untuk mengelakkan sebarang kejadian pada masa depan," kata beliau.



Beberapa kereta polis dan sekurang-kurangnya enam kenderaan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dilihat dalam perkarangan tempat kejadian pada sekitar 4.30 petang, lapor The Straits Times (ST).



Seorang pekerja berkata dua pekerja yang mengalami kecederaan serius telah dikejarkan ke hospital dengan tubuh mereka hitam dan pakaian mereka koyak.



Seorang lagi pekerja berkata seorang telah meninggal dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >