Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FORUM EKONOMI BARU BLOOMBERG 2021

Satu rangka kerja ekonomi Indo-Pasifik boleh dilancar awal tahun depan: AS

Nov 18, 2021 | 05:30 AM



SETIAUSAHA Perdagangan Amerika Syarikat, Cik Gina Raimondo, semalam berkata satu rangka kerja ekonomi Indo-Pasifik boleh dilancarkan awal tahun depan, dan lawatannya ke Asia adalah untuk meletakkan asas bagi kerjasama yang boleh dijangkakan.



"Kami berkemungkinan melancarkan proses yang lebih formal pada awal tahun depan, yang akan memuncak dalam rangka kerja ekonomi yang wajar di rantau ini," kata Cik Raimondo di Forum Ekonomi Baru Bloomberg di Singapura.



Apabila ditanya sama ada itu bermakna sebuah perjanjian sebenar, beliau berkata: "ya, tepat sekali.", lapor agensi berita Reuters.



Presiden Joe Biden berkata bulan lalu bahawa Washington akan memulakan perbincangan dengan rakan kongsi tentang membangunkan rangka kerja ekonomi serantau.



Cik Raimondo berkata beliau berada di Tokyo sebelum lawatannya ke Singapura dan akan melawat Malaysia seterusnya.



Pengkritik strategi Amerika bagi wilayah itu menunjukkan kekurangan sebuah komponen ekonomi selepas mantan Presiden Donald Trump menarik diri pada 2017 daripada perjanjian perdagangan yang diilhamkan oleh Amerika itu, yang kini dikenali sebagai Perjanjian Progresif dan Menyeluruh bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP).



China September lalu berkata ia telah memfailkan permohonan untuk menyertai pakatan perdagangan CPTPP itu, yang ditandatangani oleh 11 negara termasuk Australia, Canada, Chile, Jepun dan New Zealand pada 2018.



"Ini bukan tentang China. Ini adalah mengenai membangunkan hubungan komersial dan ekonomi yang teguh dengan rakan kongsi kami di Indo Pasifik di mana kami mempunyai hubungan yang teguh untuk masa yang lama, kecuali bagi beberapa tahun kebelakangan," kata Cik Raimondo.



The Straits Times melaporkan yang Amerika tidak akan menyertai CPTPP kini atas beberapa sebab, tetapi ia sedang meneruskan kerjasama lain dengan rakan sekutunya dalam bidang tertentu seperti rantaian bekalan.



Perkongsian sedemikian kurang terkekang daripada perjanjian perdagangan bebas (FTA) tradisional, dan Amerika kekal sangat serius untuk melibatkan diri secara ekonomi dengan rantau Indo-Pasifik, kata Cik Raimondo.



"Apabila kita bercakap tentang topik, ia lebih luas dalam beberapa cara... contohnya, bekerjasama untuk memastikan kita dan rakan sekutu kita di rantau ini mempunyai rantaian bekalan yang berlebihan dan selamat. Kita boleh bercakap secara khusus dan lebih fleksibel tentang kerjasama."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >