Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Terdorong jadi doktor lihat bapa sebulan di hospital

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

KONVOKESYEN SECARA FIZIKAL NTU

Terdorong jadi doktor lihat bapa sebulan di hospital

Doktor pelatih akui kerjaya ada cabaran tersendiri namun tak pernah kesal kerana mahu lakukan yang terbaik bagi pesakit
Mar 17, 2021 | 05:30 AM

SEMANGAT dan dedikasi yang dipapar doktor serta kakitangan hospital dalam memastikan pesakit menerima penjagaan sempurna cukup mengkagumkan beliau.

Itu dilihatnya sendiri apabila bapanya dirawat di hospital selama sebulan selepas mengalami pendarahan otak.

Pengalaman itu mendorong Dr Muhammad Fadzil Kamarudin, yang berusia 14 tahun pada masa itu, memutuskan beliau ingin menjadi doktor agar dapat menggunakan pengetahuannya untuk memastikan pesakit dapat dibantu.

Minat dalam bidang perubatan itu turut memupuk minatnya dalam sains, terutama anatomi manusia, hingga mendorongnya mendalami bidang itu.

Impian menjadi doktor Dr Fadzil sekitar 10 tahun lalu itu kini menjadi kenyataan.

Beliau sekarang menjadi doktor pelatih di Hospital Ng Teng Fong, selepas tamat pengajian sarjana muda perubatan dan pembedahan (MBBS) di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada tahun lalu.

Dr Fadzil berkata beliau berasa puas apabila dapat membantu pesakit.

Malah, sejak di bangku sekolah beliau sedar bahawa tugas kakitangan penjagaan kesihatan sangat mulia kerana mereka mengutamakan kepentingan pesakit daripada kepentingan diri sendiri.

"Sekarang saya dapat melihat sendiri berapa banyak masa diluangkan doktor untuk menjaga pesakit dan betapa kita akan cuba sedaya upaya membantu mereka hingga pulih," katanya.

Namun, Dr Fadzil mengakui bahawa kerjaya penjagaan kesihatan ada cabaran tersendirinya.

"Apabila kami on call (tunggu sedia) pada waktu malam, ia memang mencabar kerana kebanyakan doktor tiada di hospital dan anda perlu menjaga semua pesakit di beberapa tingkat.

"Ada kalanya memang sibuk, tetapi ini mengajar saya pandai mengutamakan tugas yang lebih penting.

"Tapi, bagaimana susah sekalipun, saya tidak pernah berasa menyesal kerana menggangap ini sebagai satu tanggungjawab dan saya perlu melakukan yang terbaik bagi pesakit," ujarnya.

Tugas sebagai kakitangan penjagaan kesihatan juga bertambah sukar dalam persekitaran pandemik ini, membuat Dr Fadzil menggesa semua kakitangan supaya menjagakan keselamatan mereka.

"Kami (sebagai kakitangan penjagaan kesihatan) perlu sedar dan ingat akan pentingnya keselamatan diri kerana, apabila kami tidak sihat, kami tidak boleh berkhidmat kepada pesakit," katanya.

Mengenai rancangan masa depan, Dr Fadzil berkata beliau ingin meneroka bidang perubatan yang sesuai dengan dirinya.

Buat masa ini, beliau merancang mencuba pelbagai bidang perubatan berbeza, hingga menemui bidang pengkhususan yang sesuai dengan minatnya.


SATU TANGGUNGJAWAB 

"Apabila kami on call (tunggu sedia) pada waktu malam, ia memang mencabar kerana kebanyakan doktor tiada di hospital dan anda perlu menjaga semua pesakit di beberapa tingkat... Tapi bagaimana susah sekalipun, saya tidak pernah berasa putus asa kerana ini satu tanggungjawab dan saya perlu melakukan yang terbaik bagi pesakit."
- Dr Muhammad Fadzil Kamarudin, doktor pelatih di Hospital Ng Teng Fong.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3