Saudara baru kagumi sikap penyayang dan tolong-menolong jemaah haji

Kumpulan terakhir jemaah haji Singapura pulang ke tanah air kelmarin. SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) menemui beberapa jemaah, termasuk seorang saudara baru yang pertama kali menunaikan haji, dan sepasang suami isteri yang berkongsi pengalaman mereka melihat perbezan di tanah suci berbanding 15 tahun lalu.

MESKIPUN di tengah-tengah lautan manusia yang berbilang bangsa dan dari pelbagai negara, saudara baru Cik Ariana Hong berasa jemaah yang tiba di kota suci Makkah bagi menunaikan fardu haji tahun ini amat penyayang dan keadaan sekeliling amat teratur.

Jurulatih pemakanan berusia 47 tahun itu yang pertama kali menjalani ibadah haji, tersenyum mengimbas saat beliau terjatuh di atas seorang jemaah lain yang sedang sujud di kawasan Raudhah.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan