Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saudi batal had usia 50 tahun bagi visa umrah

Nov 29, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi telah membatalkan had usia 50 tahun yang dikenakan bagi jemaah antarabangsa yang menjalankan umrah.



Sebelum ini, kementerian itu telah mengenakan had antara 18 dengan 50 tahun bagi jemaah yang ingin menunaikan umrah di bawah visa umrah, melakukan solat di Masjidil Haram, Raudah di Masjid Nabawi dan ziarah Makam Nabi, menurut media Saudi Gazette.



Di bawah peraturan baru itu, jemaah warga emas dari luar negara boleh datang menunaikan umrah dan memenuhi langkah berjaga-jaga dan protokol pencegahan bagi membendung penularan koronavirus.



Di bawah visa umrah, jemaah asing di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan menunaikan umrah. Kementerian Haji dan Umrah baru-baru ini melancarkan perkhidmatan mengeluarkan visa umrah serta akses ke Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah bagi mereka yang datang dari luar melalui aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna yang dimuat naik di telefon pintar jemaah haji.



Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) sebelum ini menyatakan jemaah Singapura yang ingin menunaikan umrah tidak perlu bimbang dengan syarat usia itu kerana ia hanya dilaksana bagi pemegang visa umrah ke negara itu.



Ini kerana selain menggunakan visa umrah, jemaah dari Singapura juga boleh menunaikan umrah dengan menggunakan visa ziarah yang tidak mengenakan had umur selagi mereka memenuhi keperluan vaksin.



Mengulas perubahan baru itu, Naib Presiden Amtas, Ustaz Jalaluddin Hassan, berkata:



"Kami bersyukur aturan had umur 50 tahun dibatalkan. Kebanyakan jemaah yang melaksanakan umrah rata-rata berusia 50 tahun ke atas jadi had itu menghambat keberangkatan jemaah dari seluruh dunia.''



Sementara itu, jemaah haji masih diwajibkan memakai pelitup muka dan membuat tempahan untuk menunaikan umrah dan solat bagi mengesahkan status imuniti mereka di pintu masuk dua masjid itu.



Penjaga dua masjid suci itu, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud baru-baru ini mengeluarkan perintah membenarkan penggunaan kapasiti penuh Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Khamis lalu, kerajaan Saudi juga menarik balik larangan perjalanan ke atas enam negara, termasuk Indonesia, Pakistan, India dan Mesir berkuat kuasa 1 Disember ini. Keempat-empat negara ini pernah menghantar jumlah jemaah terbesar sebelum penularan wabak Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >