Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Saudi lancar khidmat visa transit elektronik

Feb 02, 2023 | 05:30 AM



RIYADH: Arab Saudi telah melancarkan khidmat visa transit elektronik bagi para penumpang yang tiba di negara itu melalui udara untuk semua tujuan.



Bermula kelmarin, pemegang visa tersebut boleh menetap di Arab Saudi selama empat hari dan tempoh visa itu adalah selama tiga bulan.



Visa itu percuma dan dikeluarkan serta-merta bersama dengan tiket penerbangan.



Agensi Saudi Press (SPA) yang memetik sumber-sumber Kementerian Luar Arab Saudi berkata kementerian berkenaan melancarkan khidmat itu dengan kerjasama pihak berkuasa relevan dan syarikat-syarikat penerbangan Saudi.



Saudi Gazette pula melaporkan bahawa visa transit itu membolehkan penumpang yang melakukan persinggahan di Arab Saudi mengerjakan umrah dan menziarahi Masjid Nabawi di Madinah, selain melancong di sekitar Arab Saudi dan menghadiri acara-acara pelancongan.



Kementerian Ehwal Luar menjelaskan, permohonan bagi visa persinggahan tersebut boleh dibuat menerusi wadah elektronik Saudi Arabian Airlines dan Flynas.



Ia secara automatik akan diserahkan kepada Platform Visa Nasional Bersepadu Kementerian Ehwal Luar untuk diproses dan visa digital akan serta-merta dikeluarkan lalu dikirimkan kepada pemohon menerusi e-mel.



Inisiatif gabung tiket dan visa bolehkan tetamu inap hingga 4 hari di Saudi



Arab Saudi memperkenalkan Visa Transit digital dalam usaha untuk memudahkan pengunjung memasuki negara tersebut dengan syarikat penerbangannya.



Sistem integrasi digital itu menyediakan visa transit dengan tiket penerbangan .



Syarikat penerbangan Saudia dilporkan menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia yang melancarkan inisiatif "Tiket Anda, Visa Anda" yang menggabungkan tiket dan visa bagi membolehkan tetamu menginap sehingga 96 jam (4 hari), di mana mereka boleh mengembara di sekitar Saudi dan menunaikan Umrah.



Visa transit itu akan dikeluarkan dengan tiket kapal terbang Saudia dan Flynas, dan akan sah selama tiga bulan.



Perkhidmatan itu juga menghubungkan semua lapangan terbang antarabangsa di Saudi.



Langkah ini juga antara usaha yang dijangka menyumbang kepada usaha untuk mencapai Wawasan Saudi 2030 dengan mengukuhkan kedudukan Saudi.



Ini selaras dengan wawasannya untuk memanfaatkan lokasi strategiknya bagi menghubungkan pelbagai benua dan sebagai sebuah hab menarik buat penumpang melakukan persinggahan serta destinasi pelancongan global.



Kementerian Luar Negeri Arab Saudi memperkenalkan visa itu untuk meningkatkan pelancongan - sebahagian strategi Wawasan 2030, lapor Agensi Saudi Press (SPA).



Menteri Pelancongan, Encik Ahmed al-Khateeb, berkata:



"Visa Transit yang baru ini merupakan satu lagi bukti dalam komitmen Saudi untuk membangunkan dan menggalakkan pertumbuhan dalam sektor pelancongan."



"Ia terbuka untuk pelancong yang melalui Saudi menggunakan syarikat penerbangan nasional kami sama ada untuk beriadah, perniagaan atau umrah."



Pengumuman visa transit itu juga selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh jurucakap Saudia Airlines, Encik Abdullah al-Shahrani, awal bulan lalu.



Encik Abdullah mengumumkan bahawa syarikat penerbangan itu akan menawarkan perkhidmatan mengeluarkan visa pelancong secara percuma apabila membeli tiket mereka.



Pengenalan visa transit itu dilihat sebagai pembaharuan visa di Arab Saudi yang terbaru.



"Pengumuman mengenai Visa Transit sulung Saudi adalah contoh pentingnya kerjasama sektor awam dan swasta," kata Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi, Encik Fahd Hamidaddin, dalam satu kenyataan.



Beliau menambah sebanyak empat daripada 10 laluan global teratas menggunakan lapangan terbang Saudi pada 2022 membuktikan daya tarikan destinasi Saudi.



Sebelum ini Arab Saudi telah memudahkan lagi urusan warga asing untuk memilih pakej Umrah menerusi platform elektronik Maqam serta menyelesaikan prosedur bagi pengeluaran visa dalam tempoh yang singkat.



Jemaah boleh membuat permohonan dengan cepat dan diberikan visa Umrah dari mana sahaja mereka berada. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >