Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Savills mohon maaf keluar tender minta penutur bahasa Mandarin

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Savills mohon maaf keluar tender minta penutur bahasa Mandarin

Sep 08, 2021 | 05:30 AM

Mengulas mengenai keadaan yang malang itu, jurucakap Savills berkata mereka meminta maaf atas kekeliruan yang dialami ramai.

"Kami meminta maaf atas kekeliruan ini dan sedang mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan semua dokumentasi tender akan mencerminkan Garis Panduan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil (TGFEP)," kata jurucakap Savills.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) melalui e-mel, syarikat itu berkata mereka dijemput oleh Pasukan Polis Singapura untuk memperkenalkan Kontrak Berasaskan Hasil dan akan meninjau syarat dan peraturan bagi kelulusan pelanggan.

Kontrak berdasarkan hasil memberi tumpuan kepada hasil pengeluaran dan hasil yang diharapkan daripada keperluan tenaga kerja.

Tidak seperti kontrak tradisional, kontrak berdasarkan tenaga kerja untuk agensi keselamatan, di mana sejumlah anggota keselamatan dikerahkan.

Pada masa yang sama, jurucakap Savills turut berkata mereka mengalu-alukan dialog antara Persatuan Keselamatan Singapura (SAS) dengan Persatuan Pengurus Strata untuk memastikan mereka dapat menyelaraskan diri dalam masa akan datang.

Dalam catatan di Facebook SAS, persatuan tersebut berkata mereka akan mengetengahkan isu ini bersama Tafep serta Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

"Kita juga sedar bahawa mungkin tidak banyak yang dapat mereka lakukan, kerana garis panduan pekerjaan yang adil hanya berkaitan untuk majikan.

"Dalam hal ini, MA (ejen pengurusan) seperti Savills dan pembeli perkhidmatan seperti Hillview Heights mungkin dapat melepaskan diri dengan memaksa penyedia perkhidmatan seperti agensi keselamatan untuk menjalankan amalan diskriminasi," kata SAS sambil mengatakan bahawa ini merupakan satu jurang dalam undang-undang.

Malah, persatuan tersebut telah mengetengahkan isu ini kepada MOM dan menggalak agar garis panduan bagi pekerjaan yang adil diperluaskan kepada pembeli perkhidmatan dari luar.

Pengarah eksekutif persatuan itu, Encik Ikhsan Suri dalam satu kenyataan mengatakan bahawa ejen pengurusan harus menasihati klien, pembeli perkhidmatan mengenai cara mendapatkan perkhidmatan tenaga kerja secara adil, sah dan betul.

"Sebaliknya, kami telah melihat bahawa beberapa ejen pengurusan mendorong dan memberi kuasa kepada pembeli untuk bersikap diskriminatif.

"Ini sangat mengecewakan, memandangkan ramai pekerja perkhidmatan dari khidmat pemerolehan luaran berpendapatan rendah dan tidak boleh melepaskan peluang bekerja kerana diskriminasi di tempat kerja," katanya.

"Persatuan Keselamatan Singapura akan terus memperhatikan klausa tidak adil dalam tender dan kontrak, dan mengetengahkannya jika diperlukan," tambahnya.

Semasa Rapat Hari Kebangsaan bulan lalu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengatakan bahawa Singapura tidak akan bertolak ansur dengan diskriminasi di tempat kerja.

Bersama menetapkan garis panduan Tafep ke dalam undang-undang, beliau turut mengumumkan penubuhan tribunal untuk melindungi pekerja dari diskriminasi di tempat kerja berdasarkan kewarganegaraan, usia, bangsa, agama dan kecacatan, serta praktik diskriminasi lain yang diliputi oleh Perikatan Tiga Pihak.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3