Subuh
5:42
Syuruk
7:05
Zuhur
1:12
Asar
4:36
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
Setempat

'Saya tak mahu jadi Mufti pertama tutup masjid, tapi ia perlu...'

Apr 14, 2020 | 05:30 AM

TIDAK pernah terlintas dan tergambar dalam fikiran Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir bahawa semua masjid di Singapura akan ditutup.

Tetapi keputusan berat lagi sukar itu perlu dibuat demi melindungi masyarakat daripada jangkitan koronavirus Covid-19 yang dialami sekarang.

"Saya tidak mahu dikenali sebagai Mufti pertama yang tutup masjid. Tetapi tanggungjawab yang dipikul sebagai Mufti itu bermakna keputusan betapa berat dan sukar itu perlu dilakukan. Adalah tanggungjawab kita untuk melindungi masyarakat dan kemaslahatan awam," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara khas bagi episod terkini podcast Berita Harian, #NoTapis.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa bangganya terhadap reaksi masyarakat menyusuli keputusan berat yang perlu diambil itu.

Laporan lanjut: Masyarakat sokong langkah tutup masjid bendung Covid-19: Mufti

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian