PILIHAN RAYA UMUM 2015: MENJEJAK KEMPEN ENCIK MASAGOS ZULKIFLI MASAGOS MOHAMAD

Saya terlalu cintai masyarakat, tak mahu lihatnya musnah...

Harap masyarakat Melayu bersabar, ada usaha capai matlamat

MENJELANG hari mengundi esok, Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Dalam Negeri Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengajak masyarakat Melayu bertenang dan memikirkan isu dari sudut yang luas.

Ditemui semasa beliau berehat untuk bersarapan di tengah-tengah kesibukan berkempen semalam, Encik Masagos berkata ramai "yang marah-marah" semasa musim pilihan raya ini setelah beberapa isu Melayu termasuk yang sensitif ditimbulkan.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun