Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELAJAR BERI CPR SELAMATKAN WANITA DILANGGAR BAS

'Saya tidak harap penghargaan, hanya mahu selamatkan nyawa'

Sep 07, 2019 | 05:30 AM



PELAJAR Sekolah Menengah Temasek, Diniy Qurratuaini Mohamad Aidil, yang memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada seorang mangsa kemalangan Julai lalu, telah diberi anugerah Penyelamat Masyarakat Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) semalam.



Murid menengah tiga berusia 15 tahun itu, yang juga anggota Pasukan Kadet Pertahanan Awam Kebangsaan (NCDCC), sedang menaiki bas dalam perjalanan pulang ke rumah apabila bas tersebut terlanggar seorang wanita.



Diniy bertindak pantas dengan meminta seorang penumpang menelefon 995 sementara dia memberikan bantuan kecemasan.



Menurut SCDF, sebaik mendapati nadi mangsa tidak berdenyut dan mangsa tidak bernafas, Diniy segera memberikan CPR kepada mangsa hingga mangsa kembali sedar.



Diniy kemudian terus menemani mangsa hingga pasukan paramedik tiba di tempat kejadian.



Kemahiran memberi CPR itu Diniy pelajari menerusi NCDCC yang merupakan kegiatan kokurikulum (CCA) yang diikuti di sekolahnya.



Ditemui semalam, Diniy, yang ditemani keluarga serta gurunya, berkata dia tidak sangka bantuan yang diberikannya itu mendapat liputan meluas akhbar setempat dan juga luar negara.



"Saya agak malu dengan perhatian ini sebenarnya. Saya tidak menolong mangsa itu kerana mengharapkan apa-apa penghargaan. Saya hanya mahu menyelamatkan nyawanya.



"Saya tidak boleh berdiam diri sahaja selepas mendapat tahu bas yang saya naiki melanggar seorang pejalan kaki.



"Saya perlu lakukan sesuatu. Bagi saya, amat memalukan jika saya tidak lakukan apa-apa dan semua yang telah saya pelajari daripada CCA saya sia-sia sahaja," kata Diniy yang menyertai NCDCC kerana tertarik dengan peluang menimba kemahiran bantuan kecemasan yang ditawarkan.



Ditemui di majlis penyampaian anugerah yang berlangsung di ibu pejabat divisyen SCDF kedua di Tampines itu, ibu Diniy, yang hanya ingin dikenali sebagai 'Cik Lin' , berkata beliau terkejut apabila mendapat tahu bas yang dinaiki anak sulungnya terlibat dalam kemalangan.



"Diniy telefon saya dan beritahu yang bas yang dia naiki kemalangan. Saya khuatir kalau dia cedera.



"Tapi dia beritahu saya yang dia tidak apa-apa dan dia tolong orang yang dilanggar bas.



"Saya tanya dia wanita itu selamat atau tidak kerana saya takut Diniy trauma jika mangsa tidak dapat diselamatkan. Mujur wanita itu sedarkan diri.



"Saya terkejut juga tapi bangga yang Diniy mampu bertindak cepat dan memberi pertolongan yang sewajarnya," kata ibu lima anak berusia 36 tahun itu.




"Saya agak malu dengan perhatian ini sebenarnya. Saya tidak menolong mangsa itu kerana mengharapkan apa-apa penghargaan. Saya hanya mahu menyelamatkan nyawanya. Saya tidak boleh berdiam diri sahaja selepas mendapat tahu bas yang saya naiki melanggar seorang pejalan kaki. Saya perlu lakukan sesuatu. Bagi saya, amat memalukan jika saya tidak lakukan apa-apa dan semua yang telah saya pelajari daripada CCA saya sia-sia sahaja."
- Diniy Qurratuaini Mohamad Aidil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >