Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: TOKOH PEMIKIR

'Saya tidak pernah dengar lulusan kajian Melayu tak ada kerja'

Oct 24, 2021 | 05:30 AM



PERNAH satu kali dalam acara rumah terbuka di universiti, pensyarah Dr Azhar Ibrahim melihat sendiri ibu bapa siswa menjauhkan diri dari jabatan pengajian Melayu.



Mereka seolah-olah tidak menggalakkan anak mereka untuk mendalami bidang tersebut.



"Saya tidak kecil hati, tetapi ini tanggapan ibu bapa... mereka fikir: 'Dah pass Malay kan. Dah cukup.'



"Difikirkan pengajian Melayu ini ialah sambungan daripada pelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah.



"Ini tanggapan yang salah," ujarnya.



Menurut laman Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Nasional Singapura (NUS), jabatan itu menyelidik pelbagai isu berkenaan dunia Melayu daripada perspektif silang disiplin, serta meningkatkan kefahaman tentang sejarah, ekonomi, politik dan budaya Melayu, antara lain.



"Ingat, dunia Melayu ialah dunia 300 juta orang. Ekonomi Indonesia sahaja ialah keempat terbesar di dunia.



"Ia merupakan tempat strategik. Pengajian Melayu mempunyai potensi untuk jadi batu loncatan bagi mereka yang mahu jadi pakar," katanya.



Setiap tahun, terdapat sekitar 10 siswazah yang lulus dengan pengajian Melayu sebagai major atau bidang pengajian utama, angka yang agak stabil dari tahun ke tahun, kata Dr Azhar Ibrahim.



Sekitar 30 pula yang lulus dengan pengajian Melayu sebagai minor atau bidang pengajian sampingan.



Kata Dr Azhar, ramai lulusan ini yang mengisi pekerjaan di jabatan pemerintah, sebagai penterjemah, pegawai, penyelidik atau dalam pertubuhan seperti Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki atau badan-badan media.



"Dengan jujur selama saya kerja ini, saya tidak pernah dengar mereka yang ambil Malay Studies yang tak ada kerja.



"Orang bimbang masuk Malay Studies ni ada kerja ke tidak.



"Di mana-mana saya pergi sekarang, saya akan jumpa budak Malay Studies, dengan rasa bangga, alhamdulillah.



"Apa yang saya dengar mereka agak dicari-cari, kerana mereka dwibudaya, boleh fikir tentang isu Melayu dan fasih berbahasa Inggeris," ujar Dr Azhar.



Ramai juga mungkin fikir lulusan pengajian Melayu menjadi guru tetapi menurut Dr Azhar sekitar suku sahaja yang menjadi guru.



Meskipun Singapura kini mengutamakan sains, teknologi dan ekonomi, pembangunan masyarakat ialah lebih daripada itu, kata Dr Azhar.



"Pembangunan masyarakat juga ialah pembangunan pemikiran, kebudayaan, kesusasteraan, kita perlu pakar dalam bidang-bidang ini, mahu tak mahu.



"Saya tak katakan pengajian Melayu boleh menyelesaikan semua masalah, tetapi kepakaran ini diperlukan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >