Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sayap PAP tubuh 2 kumpulan kaji isu wanita

Mar 07, 2021 | 05:30 AM



SAYAP wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan menubuhkan dua kumpulan baru untuk mengkaji penyelidikan dan dasar bagi membantunya menangani isu dihadapi wanita di Singapura dengan lebih baik, kata Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo semalam.



Kumpulan penyelidikan yang akan dipimpin Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Cik Yeo Wan Ling, akan mengkaji trend baru - seperti bekerja dari rumah - dan kesannya pada wanita, kata Cik Teo, yang juga pengerusi sayap wanita PAP.



"Sebagai contoh, bagaimana bekerja dari rumah boleh membantu kaum wanita mengimbangi peranan mereka sebagai penjaga, namun tetap tidak dipinggir dari segi kemajuan kerjaya?" ujarnya dalam satu acara di Punggol sempena Hari Wanita Antarabangsa yang jatuh esok.



Kumpulan itu juga akan mempertingkat pemerhatiannya tentang pendapat wanita terhadap isu tertentu seperti peraturan pandaftaran sekolah bagi murid darjah satu dan rangka kerja hukuman baru bagi kesalahan seksual dan mencedera yang dibentang Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam di Parlimen kelmarin.



Encik Shanmugam berkata hukuman maksimum bagi tiga kesalahan seksual akan ditingkat menyusuli semakan terhadap hukuman bagi kesalahan seksual dan mencedera.



Julai lalu, sayap wanita PAP melahirkan keprihatinan tentang hukuman tidak mencukupi yang dijatuhkan dalam beberapa kes, ujar Cik Teo.



Sementara itu, kumpulan kedua yang akan memberi tumpuan pada dasar akan diterajui Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee, Cik Hany Soh.



"Dengan 24 wanita di Parlimen, (sayap wanita PAP) boleh menyuarakan keprihatinan wanita menerusi soalan yang mereka kemukakan serta rang undang-undang, usul dan perbahasan yang mereka sertai," kata Cik Teo.



Selain kerja penyelidikan, sayap wanita PAP juga boleh memperjuang bagi peningkatan dan mengemukakan saranan menerusi kertas kedudukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >