Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sayap Wanita PAP kumpul $50,000 bagi badan amal, sokong golongan penjaga sempena Hari Ibu

pap
May 07, 2022 | 09:19 PM



Parti Tindakan Rakyat hari ini (7 Mei) mengadakan sambutan Hari Ibu dengan mengumpul dana sebanyak $50,000 bagi badan amal, menganjurkan sebuah bazar untuk menyokong wanita yang kurang bernasib baik dan menyeru agar golongan penjaga diiktiraf dan lebih dihargai.





Berucap semasa acara fizikal di Pusat NTUC di Marina Boulevard, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo yang mengetuai Sayap Wanita PAP berkata, acara tahun ini amat istimewa sebab ia berlangsung tepat pada titik pencapaian besar bagi semua wanita Singapura.

 



Ini menyusuli Kertas Putih Pembangunan bagi Wanita Singapura yang telah diluluskan Parliamen bulan lalu.

 



“Ini pertama kali dalam sejarah Singapura terdapat sejenis Kertas Putih sebegitu. Perkara itu dengan sendirinya adalah sangat penting,” kata Cik Teo semasa menyampaikan ucapannya kepada seramai 200 hadirin yang merangkumi Anggota Parlimen (AP) PAP, para aktivis, ahli kesatuan dan rakan-rakan lain.

 



“Meskipun usaha terhadap pembangunan wanita merupakan satu perjalanan tanpa henti, kami hargai komitmen Pemerintah terhadap pencapaian besar ini,” kata Cik Teo.

 



Kertas berkenaan melakarkan peta perjalanan sepanjang 10 tahun untuk memastikan semua wanita di sini, antara lain, mendapat lebih banyak peluang dan mempunyai kerjasama setaraf dengan kaum Adam.

 



Cik Teo berkata ia adalah sebahagian tradisi Sayap Wanita PAP pada Hari Ibu - yang jatuh pada 8 Mei setiap tahun - untuk mengumpul dana bagi menyokongi golongan yang terdedah dalam masyarakat.

 



Anggota Parlimen Tanjong Pagar GRC dan juga pengerusi penganjuran acara tersebut, Cik Joan Pereira mengumumkan Sayap Wanita PAP dan yayasan Community Foundation telah sama-sama mengumpul sebanyak $50,000 bagi lima badan amal terletak di Kawasan Pusat Bandar Singapura: iaitu Persatuan Disleksia, Homeless Hearts of Singapure, Pusat Aktiviti Warga Emas Home Nursing Foundation, Perkhidmatan Keluarga Monfort Care-Kreta Ayer dan Pusat Perkhidmatan Keluarga Reach (Bishan).



 



Acara itu juga dihadiri Menteri di Pejabat Perdana Menteri Cik Indranee Rajah, Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia) Cik Gan Siow Huang, Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan) Cik Rahayu Mahzam, dan AP PAP lain.

 



Acara itu termasuk mengadakan sebuah bazar bersama enam perusahaan sosial - iaitu Green Cube, Sewing Mums, Majlis Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO), Fashion Runway Singapura, United Women Singapore dan Young Women’s Christian Association - yang telah menjual beberapa produk untuk mengumpul dana bagi golongan susah.

 



Cik Pereira dan Cik Teo turut menyentuh dalam ucapan mereka bahawa antara fokus utama Kertas Putih bagi Pembangunan Wanita itu adalah pengiktirafan dan sokongan yang lebih baik kepada golongan penjaga - yang kebanyakan adalah daripada Kaum Hawa.

 



“Kami tahu ramai penjaga dalam kalangan kami yang masih perlu mempelbagaikan tugas dalam keluarga dan di tempat kerja, dan mereka semua memerlukan sokongan kami, sama ada daripada Pemerintah, pihak majikan atau daripada setiap orang dalam masyarakat,” kata Cik Pereira.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >