Sayap Wanita PAP namakan orkid sempena ibu-ibu di Singapura

WANITA warga Singapura kini mempunyai Orkid yang dinamakan sempena mereka. 

Langkah yang diambil Sayap Wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP) itu adalah untuk memberi kehormatan kepada ibu-ibu dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan mereka terhadap pembangunan negara. 

Sempena acara itu juga, $200,000 telah didermakan kepada 10 badan amal dengan tumpuan terhadap wanita di Singapura melalui Yayasan Masyarakat PAP. 

Ini termasuk Yayasan Barah Buah Dada, Babes Pregnancy Crisis Support dan Dana Kebajikan Pekerja Domestik.

Orkid tersebut dilancarkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong di acara Penghormatan Bicentennial Sayap Wanita PAP Terhadap Ibu-Ibu yang diadakan hari ini di Hotel Mandarin Orchard. 

Orkid warna ungu itu dinamakan “Aranda Mothers of Singapore”. 

 

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:09
Isyak
8:22
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.