Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sayur percuma bagi penduduk susah dari kebun masyarakat

Mar 29, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 30 penduduk kurang bernasib baik di kejiranan Sembawang menerima agihan sayur-sayuran percuma yang ditanam sendiri oleh penduduk di bawah program 'Gardens Give Back' (Kebun Membalas Jasa) semalam.



Program yang dilancarkan pada 28 Februari itu ialah satu daya usaha penduduk yang mengambil alih menuai hasil tanaman dari 23 kebun masyarakat di sekitar Sembawang dan mengagihkannya kepada penghuni blok sewa.



Turut menyertai pengagihan semalam bersama 15 sukarelawan ialah Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung.



Beliau berkata penduduk yang sebelum ini tinggal di rumah kampung sekitar Sembawang memulakan kebun itu di bawah mantan menteri dan Anggota Parlimen Sembawang, Encik Khaw Boon Wan.



"Dan sejak saya dilantik sebagai AP di sini, saya berpendapat ia adalah satu idea yang baik jika kami dapat mengagihkan sebahagian hasil tanaman ini kepada keluarga berpendapatan rendah," kata Encik Ong.



"Sedang Sembawang terus berkembang, kita akan melihat lebih banyak pembangunan. Pada masa sama, semangat kampung ini perlu diteruskan, dan hari ini kita dapat melihat hasilnya yang sangat baik."



Selain hasil tanaman itu, keluarga memerlukan diberi barang keperluan lain dan makanan seperti telur dan roti.



Seorang penerima, Cik Noorhafizah Udin, berkata hadiah itu membantu meringankan sedikit beban menyara keluarganya yang seramai lapan orang, termasuk enam anak berusia antara enam dan 15 tahun.



Pelatih pengurusan berusia 32 tahun itu berkata: "Biasanya, saya hanya masak kacang panjang dan kailan, tetapi kami diberi beberapa jenis sayur-sayuran lain, seperti kangkong.



"Jadi ini bahan baru dalam menu masakan untuk keluarga saya hari ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >