Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:29
Maghrib
7:14
Isyak
8:25

Sayuran hasil kebun masyarakat Ang Mo Kio diagih

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Sayuran hasil kebun masyarakat Ang Mo Kio diagih

Jul 04, 2022 | 05:30 AM

SAYUR-SAYURAN segar yang ditanam di taman masyarakat di Ang Mo Kio diagihkan semalam kepada para penduduk di Cheng San dan Seletar yang menghadapi masalah kewangan.

Ia dituai sebagai sebahagian daripada usaha kitar semula di kawasan kejiranan.

Penduduk Ang Mo Kio mengetahui tentang inisiatif sedemikian semasa 'Hari Community EcoDay' yang julung-julung kali diadakan di kawasan kejiranan itu semalam.

Ia dianjurkan oleh Jawatankuasa Perundingan Rakyat Cheng San-Seletar yang disertai Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong dan Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio Cik Nadia Ahmad Samdin.

Dalam majlis itu, perniagaan sosial City Sprouts menerangkan bagaimana ia menggunakan sisa makanan dari pusat penjaja berhampiran sebagai kompos untuk tumbuhan di taman.

Sejak beberapa bulan lalu, ia juga telah melibatkan pekebun masyarakat dan menyokong pelancaran usaha pengkomposan masyarakat.

Penduduk digalakkan membawa beg guna semula dan bekas dan cawan kitar semula ke majlis itu yang diadakan di Pasar dan Pusat Makanan Chong Boon.

Encik Lee, yang merupakan tetamu kehormat, melawat kawasan kejiranan dan bercakap dengan penduduk mengenai pelbagai inisiatif hijau.

Beliau turut mengambil bahagian dalam kegiatan itu dengan menanam anak benih terung di Taman Masyarakat Rangkaian Penduduk Botol Tree Cheng San.

Cik Nadia berkata minat penduduk dalam berkebun dan usaha kemampanan lain telah berkembang semasa pandemik Covid-19. Ini kerana mereka menghabiskan lebih banyak masa di rumah.

"Kemampanan adalah perkataan yang besar, tetapi ia benar-benar mengenai tabiat harian kami...kami berharap dapat melihat lebih ramai orang berkumpul untuk dapat berkongsi hasil kerja mereka,'' katanya.

Cik Manor Param, 74, yang mengambil bahagian dalam projek kraf menggunakan bahan kitar semula, berkata warga emas boleh mendidik generasi muda tentang kitar semula.

Pelajar Jolynn Yeo, 15, telah menukar sisa makanan keluarganya menjadi kompos untuk digunakan dengan tumbuhan mereka.

"Di sekolah saya belajar banyak tentang bagaimana tindakan kita memberi kesan kepada alam sekitar...terdapat banyak sisa makanan yang dihasilkan di Singapura, dan jika kita dapat mengurangkan sedikit pembaziran, saya fikir ia akan membuat perbezaan yang besar,'' katanya kepada The Straits Times (ST).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3