Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SBS Transit sediakan penginapan hotel untuk pemandu bas Malaysia

Mar 17, 2020 | 04:21 PM



PENGENDALI pengangkutan awam SBS Transit telah mendapatkan penginapan sementara di beberapa hotel untuk pemandu bas Malaysia sebelum sekatan bermula di Malaysia pada hari Rabu (18 Mac).



Ini akan membolehkan perkhidmatan bas diteruskan seperti yang dijadualkan, katanya.



Dalam satu kiriman di Facebook pada hari Selasa, SBS berkata: "Memandangkan pengumuman terbaru oleh pihak berkuasa Malaysia, kami telah mendapatkan penginapan sementara di beberapa hotel untuk kapten bas Malaysia kami.



"Ini akan berkuat kuasa dengan serta-merta bagi memastikan perkhidmatan bas yang dijadualkan tidak terjejas."



Ia menambah: "Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan memantau keadaan. Kami kekal komited untuk melindungi kebajikan kedua-dua penumpang dan kapten bas kami."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >