Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

*Scape, di Orchard Road akan jalani ubah elok

Jul 28, 2022 | 05:30 AM



TEMPAT riadah bagi belia Singapura, *Scape, di Orchard Road, akan menjalani kerja ubah elok untuk dijadikan tempat menarik golongan muda pelbagai usia di sini.



Dalam satu kenyataan semalam, *Scape berkata ia akan memperkenalkan konsep dan tempat barunya awal 2024, yang disediakan bagi menarik daya kreativiti dan inovasi golongan muda.



*Scape ditubuhkan pada 2007 oleh sebuah perusahaan tidak mencari untung dengan nama yang sama.



Ia memainkan peranan sebagai sebuah hab bagi program yang boleh disertai belia untuk mempelajari kemahiran baru seperti tarian dan bengkel penulisan antara lain.



*Scape mengeluarkan tender pembinaan bagi kerja ubah elok itu kelmarin.



Ia berkata ia akan mengambil pendekatan baru terhadap menyediakan program dan kerjasama menyusuli perkembangan trend belia semasa.



Ini dilakukan sambil memupuk minat dan kreativiti dalam bidang teknologi, digital dan kreatif.



Bangunan lima tingkat itu akan diubah dengan mempunyai tiga zon utama bagi lebih banyak peluang kerjasama.



Sebuah zon akan berfungsi sebagai sebuah tempat bagi usahawan belia berkumpul sambil bertukar idea menarik, manakala di zon lain pula, belia kreatif dapat melahirkan bakat mereka dalam pelbagai cara termasuk seni jalanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >