Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:27
Maghrib
7:14
Isyak
8:24

SCDF akan laksana sistem sensor baru kesan bahan bahaya

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SCDF akan laksana sistem sensor baru kesan bahan bahaya

Mar 04, 2022 | 05:30 AM

PASUKAN Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan melaksanakan sistem penderia baru di peringkat seluruh negara untuk mengesan ancaman kejadian melibatkan bahan berbahaya.

Grid penderia (sensor grid) itu akan membolehkan SCDF untuk segera mengerah sumber dan mengatasi situasi itu, kata Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, semalam.

"Kepercayaan awam adalah berdasarkan keupayaan kami untuk mengesan dan mencegah ancaman, serta respons kepada kejadian.

"Pengurusan kejadian melibatkan bahan berbahaya adalah genting dari segi masa, kerana bahan itu mempunyai risiko ketara ke atas kesihatan awam, hartanah, dan sekitaran," kata Cik Teo.

Sistem baru itu merupakan antara usaha Home Team menggunakan teknologi bagi meningkatkan keberkesanan operasinya, kata Cik Teo di perbahasan belanjawan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) semalam.

Menyentuh tentang rangkaian kamera Pasukan Polis Singapura (SPF), Cik Teo berkata kamera polis di tempat awam telah membantu menyelesaikan lebih 6,000 kes hingga hujung 2021.

SPF akan meluaskan rangkaian itu kepada lebih 200,000 kamera menjelang 2030.

Selain itu, SPF dan SCDF akan melaksanakan Lanjutan Video bagi Nombor Kecemasan (VEEN) menjelang suku pertama tahun depan.

VEEN akan membolehkan pegawai di pusat operasi untuk memulakan panggilan video di telefon bimbit pemanggil, bagi membolehkan pegawai yang sampai di tempat kejadian untuk bertindak lebih pantas dan baik.

Selain itu, pasukan Home Team menggunakan teknologi untuk meningkatkan khidmat kepada orang awam, kata Cik Teo.

Contohnya, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) akan menyediakan lebih banyak e-perkhidmatan, seperti permohonan untuk kad pengenalan, pasport, lanjutan pas lawatan, di aplikasi "MyICA".

Tahun ini, ICA juga akan menyediakan lebih banyak dokumen digital.

Orang awam tidak lama lagi boleh memohon dan mengakses dokumen secara digital, termasuk sijil kelahiran dan kematian, serta pas lawatan jangka panjang dan pas pelajar.

Di samping itu, ICA akan memperkenalkan Inisiatif Kelulusan Masuk Automasi (ACI) tahun ini bagi membolehkan lebih ramai pengunjung yang layak untuk menggunakan kemudahan automatik itu, tanpa perlu membuat permohonan awal.

Dalam jangka panjang, kebanyakan penduduk, pemegang pas jangka panjang, dan pelawat akan dilulus masuk menerusi laluan automatik, yang akan lebih pantas, cekap dan selamat.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3