ANGGOTA bomba telah mengambil masa lapan jam untuk memadamkan satu kebakaran di sebuah gudang bahan buangan di Kranji awal pagi semalam.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), yang dimaklumkan mengenai kejadian di Kranji Crescent itu sekitar 2.16 pagi, telah mengerahkan tiga kereta bomba dan menggunakan 22 peralatan memadam api, selain kenderaan sokongan, dan 70 kakitangan, lapor The Straits Times (ST).