SCDF bakal kerah lebih ramai pegawai bagi kecemasan ancam nyawa
Jumlah panggilan '995' terus naik
Feb 23, 2019 | 05:30 AM
JUMLAH panggilan '995' terus meningkat tahun lalu, meneruskan trend itu sejak 1998.
Ini bermakna secara purata, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menerima sekitar 500 panggilan sehari, atau hampir 188,000 panggilan sepanjang tahun.