Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SCDF hantar pasukan Dart bantu usaha menyelamat banjir Australia

Nov 18, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, telah meraikan keberangkatan kontinjen 16 pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) untuk misi Operasi Lionheart ke New South Wales, Australia, bagi menyokong usaha menyelamat banjir, kelmarin.



Kontinjen tersebut diketuai komander Pasukan Bantuan dan Menyelamat Bencana (Dart) SCDF, Leftenan Kolonel (LTC) Lok Wee Keong.



Mereka dikerah untuk menyokong usaha menyelamat mangsa banjir yang sedang dijalankan oleh Pasukan Bomba dan penyelamat New South Wales.



"Saya yakin para pegawai terlatih dan berwibawa dalam operasi menyelamat air akan melaksana misi mereka dengan baik. Saya ucapkan yang terbaik kepada mereka dalam misi mereka," kata Dr Faishal.



Pasukan itu termasuk Leftenan (LTA) Sabree Dusuki dan LTA Ahmad Faizal, yang masing-masing mempunyai pengalaman operasi lebih 25 tahun dalam Dart.



Kontinjen ini juga dianggotai seorang pegawai sokongan operasi dan 12 pegawai Dart yang mempunyai kemahiran tinggi dalam menyelamatkan nyawa, sijil lanjut menyelam dan menyelam bagi menyelamatkan nyawa, dan lesen kapal persiaran bermotor.



Pasukan SCDF itu tiba di Lapangan Terbang Sydney pagi semalam. Menyusuli ketibaan mereka, satu sidang media diadakan di mana LTC Lok mengemas kini komposisi pasukannya dan kecekapan masing-masing.



Perbincangan bersama pihak berkuasa tempatan juga dijalankan bagi menempatkan Dart sebagai pasukan penyokong usaha menyelamat yang sedang dijalankan oleh bomba dan penyelamat New South Wales.



Sejak beberapa minggu lalu, bahagian timur dan selatan Australia dilanda banjir teruk akibat hujan lebat, memusnahkan bandar dan menyebabkan beribu-ribu orang kehilangan tempat tinggal dan berpuluh-puluh ribu orang tanpa bekalan elektrik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >