Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SCDF hulur bantuan di Laos

Aug 03, 2018 | 01:31 PM



SEBUAH pasukan mencari dan menyelamat yang merangkumi 17 pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah berangkat ke Laos pagi tadi (3 Ogos).



Kontinjen Operation Lionheart itu akan membantu dengan usaha bantuan di Attapeu yang terjejas teruk akibat empangan Xe Pian-Xe Namnoy yang runtuh pada 23 Julai lalu.



Sekurang-kurangnya 27 orang terkorban akibat kejadian itu, dengan ratusan lagi yang hilang dan lagi 6,600 orang terpaksa dipindahkan.



Pemerintah Laos telah menerima tawaran Singapura untuk membantu dan pasukan SCDF itu berangkat dari Pangkalan Udara Paya Lebar dengan menaiki dua pesawat Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).



Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Cik Sun Xueling, turut hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada mereka.



Pasukan itu akan dipimpin oleh Mejar Seloterio Euan Izmal yang akan bertanggungjawab ke atas sembilan pegawai Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (Dart), empat pakar usaha menyelamat dan kebakaran, dua pegawai operasi, seorang paramedik dan seorang pegawai sokongan teknikal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >