Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SCDF jalankan latihan kebakaran di One Marina Boulevard

Feb 06, 2017 | 09:50 AM



PASUKAN Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menjalankan satu latihan kebakaran bangunan tinggi di One Marina Boulevard pada pagi Isnin (6 Feb).



Operasi itu, yang bermula sejurus selepas 5 pagi, disaksikan Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.



Dalam beberapa pos Facebook, SCDF berkongsi bersama orang awam cara ia menjalankan latihan itu, yang dimulakan dengan membunyikan penggera kebakaran.



Pihak pertama yang respons ialah Pasukan Respons Kecemasan Syarikat (Cert) dalaman, melalui Pusat Komand Kebakaran bangunan itu, bagi menyiasat kebakaran.



Pasukan yang respon daripada SCDF, dari Balai Bomba Marina Bay yang berhampiran dan balai sokongan lain, kemudian tiba untuk bekerjasama dengan kakitangan dari pusat komand itu.



Titik kawalan, termasuk Pos Persinggahan yang menjejaki pergerakan pasukan yang respons ke kawasan risiko, kemudian ditubuhkan sebelum anggota bomba bergerak masuk.



Memakai set radas pernafasan, anggota bomba juga dilengkapi dengan pengimbas haba dan jet air untuk membantu mereka melihat sinaran inframerah yang dipancarkan oleh sumber haba seperti api dan tubuh manusia, sekiranya berlaku situasi darjah penglihatan sifar.



Satu lagi perkara kritikal, Pos Sumber, juga ditubuhkan untuk menyatukan tenaga kerja tambahan dan peralatan memadam api dan menyelamat.



Menurut SCDF, latihan bangunan tinggi diadakan setiap minggu untuk pasukan yang respons biasa dengan pelbagai premis bangunan tinggi, dan juga untuk mengesahkan rancangan dan prosedur operasi.



Kebanyakan bangunan tinggi terletak di Daerah Pusat Perniagaan, yang berada dalam sempadan operasi Balai Bomba Marina Bay dan Central.



"Melalui latihan ini, pasukan-pasukan SCDF dapat mengambil bahagian dalam latihan berasaskan senario realistik untuk mengekalkan pengetahuan operasi, kemahiran dan kebiasaan dengan kawasan operasi mereka," kata SCDF dalam pos terakhirnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >