Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SCDF jalankan latihan lapangan di pusat beli-belah Nex pada Jumaat

Mar 31, 2016 | 10:33 AM



PASUKAN Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan mengadakan latihan pengerahan lapangan di pusat beli-belah Nex di Serangoon pada Jumaat (1 April).



Latihan itu, melibatkan kira-kira 70 kakitangan SCDF dan 20 kenderaan kecemasan dan sokongan, akan bermula pada 1.30 pagi dan berakhir pada 4 pagi.



Dalam satu kenyataan pada Khamis, SCDF berkata latihan itu sebahagian daripada usaha berterusan mengesahkan dan mengemas kini perancangan dan prosedur operasi.



Orang ramai dinasihatkan jangan panik. Lampu bikon semua kenderaan operasi yang mengambil bahagian dalam latihan itu akan dihidupkan bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya.



Papan tanda latihan juga akan diletak di kawasan itu untuk memberi amaran kepada orang ramai.



Bagi memudahkan pergerakan dan penggunaan kenderaan kecemasan SCDF di hadapan Nex, satu daripada dua lorong Serangoon Central arah ke Boundary Road akan ditutup.



Penutupan lorong berkuatkuasa dari 1.30 pagi Jumaat hingga akhir latihan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >